Header Ads

10 spesies bunga yang jarang dijumpai di dunia

Terdapat lebih daripada 270 ribu jenis bunga di bumi kita dan semua mempunyai keunikan dan keindahan sendiri.. Ni adalah antara 10 spesis bunga yang jarang dijumpai.
 1. Bunga Bangkai
10
Bunga bangkai (Amorphophallus titanum) merupakan bunga khas Indonesia. Tingginya mencecah 180 cm dan diameter sebesar 90 cm. Bunga bangkai ini diktiraf sebagai bunga ini paling besar di dunia. Dengan bau yang menyengat seperti bau bangkai, membuatnya disebut ‘bunga bangkai’.
 2. Youta Poluo
9
Bunga ini masih menjadi misteri dan harus diteliti lebih lanjut. Bunga ini dikatakan berasal daripada China apabila penemuannya oleh seorang petani Cina yang menjumpai tumbuhan ini di saluran paip. Konon, bunga ini hanya mekar sekali dalam 3000 tahun.

3. Yellow and Purple Lady Slippers
8
Bunga bernama latin Cypripedium calceolus ini merupakan sejenis angerik yang sangat jarang ditemui.  Tumbuh di daratan Eropah, tapi susah sekali ditemui. Pernah ditemui di sebuah ladang  golf. Akibat keunikkan dan sangar jarang ditemui, kawasan tersebut telah dijaga dan dikepung oleh pihak polis untuk mencegah pencuri.
 4. Ghost Orchid.
7
Jenis angerik hutan yang sangat jarang ditemui. Lebih dikenali sebagai panggilan Ghost Orchid atu nama sainstifiknya Epipogium aphyllum/Dendrophylax lindenii.Tumbuhan Anggerik ini tidak mempunyai daun atau dengan erti kata lain ia tidak menggunakan proses fotosintesis. Ghost Orchid mendapat sumber zat hanya menggunakan akarnya. Ghost Orchid dapat ditemui di hutan Kuba dan juga di sekitar Florida.
 5. Kadupul Flower
6
Epiphyllum oxypetalum nama latinnya disebutKadupul, berasal dari Sri Lanka dan memiliki semangat kerohanian bagi penganut Buddha. Bunga unik ini hanya akan mekar pada waktu malam nak layu bila subuh.
 6. Koki’o
5
Bunga unik yakni Koki’o atau Kokai cookei ini berasal dari Hawaii. Ditemui pada tahun 1860, bunga ini susah dibiak sehingga ia dikatakan pupus pada tahun 1950.
20 tahun kemudian ada khabar yang mengatakan bunga Koki’o yang masih hidup,tetapi ada kebakaran yang berlaku pada tahun 1978 menghancurkan populasi pohon Koki’o setinggi 10-11 meter ini. Walaubagaimanapun sebagai daripadanya berjaya diselamatkan!
*Sekali pandang macam bunga raya sebenarnya!

7. Chocolate Cosmos
4a
Bunga asli Mexico telah pupus dihabitat liarnya lebih dari 100 tahun. Namun, spesis ini berjaya diselamatkan dan bertahan sebagai klon tunggal pada tahun 1902. Bunganya berwarna coklat tua dengan diameter sekitar 3-4 cm. Seperti namanya, Cosmos Chocolate memancarkan aroma vanila di musim panas.
4

8. Parrot’s Beak3
Diklasifikasikan sebagai bunga yang paling jarang ditemui sejak 1884 dan dikatakan tidak mempunyai habitat liar lagi.Tanaman ini berasal dari Kepulauan Canary.

 9. The Jade Vine
2a
The Vine Jade atau nama sainstifiknya Strongylodon macrobotrys mempunyai warnanya menarik,  biru-hijau seperti cakar berbentuk bunga atau seperti jantung pisang. Bunga ini sekarang semakin susah ditemui. Ia hampir tidak terlihat lagi membiak alam liar dan diyakini terancam oleh kegiatan penebangan di Filipina.
dalat_buddhisttemple+StrongylodonMacrobotrys.jpg

10.Campion
1
Nama ilmiahnya Silene tomentosa. Hanya ditemukan di Gibraltar, Campion pernah dianggap pupus oleh para pengkaji pada tahun 1992 disebabkan semua jejak tanamannya lenyap. Kemudian pada tahun 1994, sebuah spesimen tunggal ditemui oleh seorang pendaki di tebing tinggi Gibraltar.
Penemuan ini segera dikembangbiakkan di Bank Benih Milenium dan sekarang sekarang tumbuh di Gibraltar Botanic Gardens Almeda, serta di Royal Botanic Gardens, London.

Sumber - TopTenz 

No comments

Powered by Blogger.