Header Ads

10 Permainan yang kreatif boleh bermain bersama anak-anak di rumah

10 idea kreatif anda boleh buat sendiri dan bermain bersama anak-anak di rumah. Yang paling penting, ia tetap menyeronokkan.

1. Baling gelung
Baling gelung
Gunakan span dan batang paip terpakai, untuk membuat gelung pula, anda boleh gunakan surat kabar dan pita pelekat. Cat permainan DIY anda tadi untuk nampak lebih menarik.
2. Dam Gergasi
Dam Gergasi
Untuk membuat dam gergasi ini, Anda boleh gunakan  kain terpakai dan lukis kotak yang diselang seli dengan warna bebeza. 
3. Dadu.
Dadu.
Cari kotak terpakai berbentuk segi 4 sama. Warna dan lukis bulatan seperti dadu
4. Jenga
Jenga
Gunakan lebihan kayu (seperti kayu penampal siling). Warna kan pada bahagian hujung sebagai penanda dengan 4 pilihan warna yang berbeza.
5. Bowling Botol
Bowling Botol
Gunakan botol-botol terpakai, warnakan botol menjadi seperti bowling. Anda juga boleh gunakan bola tenis dalam permainan ini.
6. Tic Tac Toe
Tic Tac Toe
Permainan ringkas tapi boleh menguji ketajaman minda! gunakan batu sebagai alat utama. Warnakan batu dengan 2 rekacorak yang berbeza.
7. Mencari harta karun didalam ais
Mencari harta karun didalam ais
Yang ini si kecil pasti suka. Letak mainan didalam bekas yang dicampur air. Bekukan sehingga menjadi ais.
* gunakan mainan yang diperbuat daripada plastik dan tungkul getah sebagai langkah keselamatan.
8. Dat belon
Dat belon
Gunakan belon sebagai mangsa sasaran dat.
9. Bola dalam bakul
Bola dalam bakul
Yang ini paling mudah dan seronok, Gunakan baldi atau tong cat yang tidak digunakan sebagai bekas penyimpan bola.
10. Baling Tin
Baling Tin
Permainan klasik! gunakan tin tin terpakai dan warnakan dengan warna warna yang menarik.

No comments

Powered by Blogger.