Header Ads

10 Kenapa Upin & Ipin Kekal Menjadi Animasi Popular Di Malaysia

Sedar tak sedar siri animasi 2 budak kembar berkepala botak dan rakan-rakannya ini sudah 10 tahun menghiburkan kita.
Jika dilihat kepada tempoh ini, pastinya kanak-kanak yang membesar disepanjang tempoh ini sudahpun bersekolah di darjah 4.
Tapi Upin Ipin tak besar-besar pun? Hmm.. betul betul betul. Hehe. Nama pun animasi kan? Jika dah besar hilanglah kecomelannya.
Bersempena 10 tahun siri animasi Upin Ipin yang telah menghiburkan rakyat Malaysia ini, saya bawakan 10 sebab kenapa Upin Ipin kekal menjadi siri animasi yang digemari ramai.
1. Upin Ipin sebagai idola
Ramai kanak-kanak menganggap Upin & Ipin adalah sebagai diri mereka sendiri. Mereka ingin menjadi seperti Upin Ipin dan tiru apa yang Upin Ipin lakukan.
Contohnya seperti di dalam episod ‘Berpuasa’, ramai adik-adik yang ingin turut berpuasa selepas melihat Upin Ipin berjaya berpuasa. Itu belum tengok lagi dalam episod ‘Bersunat’, mesti ramai yang nak bersunat lepas tu.
2. Suasana kampung di dalam dunia moden
Siri Upin Ipin membawa penonton kembali kepada zaman kampung. Meskipun animasi ini sebenarnya berlaku ketika dalam keadaan semasa, tetapi latar belakang dan gaya hidup di kampung digambarkan dengan baik.
Daripada sawah padi, pokok kelapa, basikal tua hinggalah kepada mesin menoreh getah. Sesiapa yang pernah tinggal di kampung pasti akan merindukan zaman ni.
3. Permainan tradisional Upin Ipin
Sering bermain permainan tradisonal yang pernah popular dulu seperti guli, gasing, layang-layang, batu seremban sehinggalah kepada laga ikan.
Kalau zaman sekarang, mesti ramai adik-adik yang tak pernah merasa permainan macam ni.
Inilah masanya ibubapa bercerita pengalaman mereka bermainan permainan tradisional ketika anak-anak mereka menonton cerita Upin Ipin.
upin-ipin-2
upin-ipin-3
4. Berbilang bangsa
Konsep berbilang bangsa sememangnya menjadi salah satu elemen yang unik di dalam siri Upin & Ipin.
Di dalam cerita Upin Ipin terdapat watak pelbagai bangsa seperti Mei Mei, Jarjit, Rajoo, Devi dan ramai lagi. Watak Susanti pula adalah berasal daripada Indonesia.
Kiranya siri Upin Ipin ni menerapkan sifat perpaduan pelbagai bangsa dari peringkat kanak-kanak lagi. Patutlah mereka dilantik sebagai Duta Unicef Malaysia.
5. Imaginasi tanpa had
Bukan semua episod Upin & Ipin berkisarkan kehidupan di kampung sahaja.
Banyak juga episod Upin & Ipin yang melangkaui imaginasi kanak-kanak seperti episod Ultraman Ribut, Demi Metromillenium, Kembara Ke Pulau Harta Karun, Pin Pin Pom dan macam-macam lagi.
Episod Ultraman Ribut merupakan kerjasama diantara pihak produksi Les’ Copaque Production dan syarikat dari Jepun iaitu Tsuburaya Production.
6. Untuk tontonan keluarga
Percaya atau tidak, cerita Upin & Ipin ni bukanlah hanya untuk kanak-kanak saja tapi ianya juga untuk seisi keluarga.
Daripada baby berumur 1 bulan sehinggalah kepada atok dan nenek pun boleh layan cerita Upin & Ipin. Kiranya macam cerita yang sesuai untuk bonding time bersama keluarga.
upin-ipin-8
7. Cerita global
Semua episod Upin Ipin direka supaya sesuai untuk semua orang dan lapisan masyarakat.
Tak kisahlah bila dialih bahasa ke bahasa Jepun ataupun Turki, cerita yang ingin disampaikan tu masih sama. Mungkin ini kerana ceritanya dihasilkan dan disesuaikan dengan pasaran global.
Oleh sebab itu percaya atau tidak, cerita Upin Ipin juga dijadikan sebagai alat pembelajaran Bahasa Melayu bagi pelajar di negara China dan Korea.
8. Episod Puasa
Rasanya ramai yang tahu, episod pertama Upin & Ipin iaitu ketika mereka mula-mula berpuasa.
Episod pendek berdurasi 5 minit ini, mula ditayangkan di TV9 pada tahun 2006 dan terus menjadi popular. Semenjak dari itu, rasa macam tak lengkap sekiranya tak menonton cerita Upin & Ipin ketika bulan Ramadhan.
Ramai juga adik-adik yang belajar niat puasa melalui cerita Upin Ipin.
9. Dialog “Betul, betul, betul”
Dialog ataupun tagline “Betul, betul, betul” ni macam dah sebati dengan kita. Biasanya Ipin yang akan bercakap tagline ni bila bersetuju apa yang dicakapkan oleh Upin.
Oleh kerana dah terbiasa, kadang-kadang kita pun dah terbiasa cakap “Betul, betul, betul” dan tak sedar kita pun dah cakap macam Ipin.
upin-ipin-5
upin-ipin-9
10. Episod cameo
Selain episod fantasi, cerita Upin Ipin juga unik kerana terdapat beberapa episod yang mempunyai penampilan istimewa ataupun cameo watak-watak serta selebriti terkenal.
Episod cameo ni biasanya dilakukan oleh animasi antarabangsa seperti The Simpons.
Contoh episod cameo yang terkenal adalah penampilan seniman agong Allahyarham Datuk Aziz Sattar, Afdlin Shauki, Tun Mahathir, Tun Siri Hasmah, Datuk Jamali Shadat dan ramai lagi.
Itulah diantara 10 sebab mengapa Upin & Ipin merupakan kartun popular selama 10 tahun. Semoga Upin & Ipin terus kekal menghiburkan kami dengan kisah-kisah menarik dan menghiburkan.

1 comment:

  1. saya suka...saya suka (ckp ikut gaya meimei hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.