Header Ads

10 Fakta menarik mengenai ratu skuash negara, Nicol David



Tahniah kami ucapkan kepada Ratu Skuasy Negara Datuk Nicol Ann David kerana mengekalkan kedudukannya sebagai pemain skuasy nombor satu dunia selama 111 bulan dan hari ini genap 9 tahun dia memiliki gelaran berprestij ini. 

Melalui akaun facebook miliknya, Datuk Nicol Ann David masih tidak percaya lagi dengan kejayaan dikecapinya hari ini. Beliau juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyokong dalam perjalanan kariernya.
Sempena dengan kejayaannya, kami ingin berkongsi dengan anda tentang fakta menarik Ratu Skuasy Negara ini.
1. Nama samaran beliau ialah Duracell Bunny
Imej dari The Times Uk
2. Dilahirkan pada 26 Ogos 1983 dan merupakan anak jati Penang.
Imej dari The Star
3. Wanita asia pertama memegang gelaran pemain nombor satu dunia.
Imej dari Malaysia Squash
4. Mula menjinakkan diri dalam dunia skuasy seawal usia 5 tahun.
Imej dari New Straits Times
5. Mendapat 7A dalam peperiksaan PMR dan juga 7A dalam SPM.
Imej dari Astro Awani
6. Nicol merupakan pelajar cemerlang dalam subjek Matematik.
Imej dari LiveScience
7. Mempunyai impian untuk menjadi seorang jurutera.
Imej dari Cweel
8. Fasih dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
Imej dari The Star
9. Michael Jordan merupakan atlet kegemarannya.
Imej dari Bulls Station
10. Benda yang selalu beliau  bawa ketika bercuti ialah iPod dan iPhone.
Imej dari macity

Sumber - Prince Skuash

No comments

Powered by Blogger.