Header Ads

10 Cincin pertunangan termahal selebriti Hollywood menurut The Richest

Perkahwinan selebriti selalunya menelan dana yang cukup besar. Dari persiapan pertunangan hingga ke majlis perkahwinan, ianya memerlukan belanja yang besar dan persediaan yang rapi bagi selebriti ini termasuk juga cincin pertunangan untuk mengukuhkan lagi hubungan percintaan mereka. 
Kali ini saya nak kongsi dengan anda cincin pertunangan termahal selebriti Hollywood seperti yang dipaparkan di laman web The Richest. 
Jom tengok!
10. Kate Middleton ($317,200)
Sumber dari The Richest
Cincin dengan batu “blue saphire” ini dihadiahkan oleh Putera Charles kepada Puteri Diana. Kemudian, diturunkan pula kepada anaknya, Putera William, yang digunakan untuk meminang Kate Middleton.
9. Anna Kournikova ($2.5 juta)
Sumber dari The Richest
Anna mendapat sebentuk cincin berharga $2.5 juta dari pasangannya, Enrique Iglesias
8. Catherine-Zeta Jones ($2.5 juta)
Sumber dari The Richest
Cincin berlian dengan bentuk marquis ini dihadiahkan oleh Michael Douglas kepada Catherine Zeta Jones. Dengan rekaan yang tampak elegan, tidak hairanlah harganya mencecah sehingga $2.5 juta.
7. Jacqueline Kennedy Onassis ($2.6 million)
Sumber dari The Richest
Cincin berlian berwarna hijau ini adalah milik bekas isteri John F Kennedy tapi sayangnya Jacqueline hanya sempat memakai cincin ini sebanyak 2 kali.
6. Melania Knauss-Trump ($3 juta)
Sumber dari The Richest
Donald Trump nampaknya tahu  bagaimana cara untuk membahagiakan wanita. Dengan menghadiahkan cincin berharga US$ 3 juta ini, mana-mana wanita pun pasti cair. Hihi
5. Jennifer Lopez ($4 juta)
Sumber dari The Richest
Ben Affleck sempat menghadiahkan cincin yang berharga $4 juta ini kepada J.lo sebelum mereka berpisah.
4. Grace Kelly ($4.06 juta)
Sumber dari The Richest
Artis Lagenda Grace Kelly dihadiahkan sebentuk cincin permata Cartier yang bernilai $4.06 juta dari Putera Rainier.
3. Paris Hilton ($4.7 juta)
Sumber dari The Richest
Menjalinkan hubungan dengan orang paling kaya di dunia seperti Paris Hilton tentu memerlukan wang yang sangat banyak. Untuk cincin sahaja, Paris Latsis terpaksa mengeluarkan duit dari poketnya sebanyak US$ 4,7 juta.
2. Beyonce ($5 juta)
Sumber dari The Richest
Di tangga kedua pula,  Beyonce dihadiahkan sebuah cincin berlian berbentuk octagon 18 karat dari suaminya, Jay Z
1. Elizabeth Taylor ($8.8 juta)
Screen Shot 2015-08-07 at 1.29.51 PM
Cincin berlian 33.19 Karat ini dihadiahkan oleh Richard Burton kepada Elizabeth Taylor dan tidak disangkal kualiti dan kecantikan batu permatanya dapat memukau mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Harga cincin ini bernilai $8.8 juta. Fuhh, mahal gila!
Sumber dari The Richest

No comments

Powered by Blogger.