Header Ads

Wedding Of The Year SamTilla Bertemakan Inggeris




Berakhir sudah majlis resepsi bagi pihak lelaki yang diadakan pada 14 Februari 2016, malam tadi bertempat di Hotel Mandarin Oriental dengan dihadiri  lebih dari 1000 orang tetamu.
 
Dengan bertemakan ala-inggeris, ketibaan Shaheizy Sam dan isterinya Syatilla Melvin yang mengenakan busana warna putih disambut dengan sekumpulan lelaki berpakaian tradisional lengkap Scotland dan diiringi oleh alunan “ bagpipes”.
 
Apa yang menarik, kedua mempelai ini dihiburkan dengan satu persembahan khas oleh penyanyi terkenal Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza. dengan lagu Bukan Cinta Biasa sebaik saja mereka bersanding di atas pelamin.
 
Rakan-rakan artis turut menghadiri majlis persandingan ini dan antaranya adalah Nora Danish, Zizan Razak, Fathia Latiff, Anzalna Nasir, Tiz Zaqyah dan ramai lagi.  Tidak dilupa majlis khas buat peminat Sam dan Syatilla, majlis resepsi akan diadakan pada 20 Februari depan di Interior Design City Centre , Shah Alam. Tengok foto-foto menarik di bawah ini.










Sumber - Insta Artis


No comments

Powered by Blogger.