Header Ads

Viral Video Bayi Keliru Cam Bapa Kembar Cecah 8 Juta Penonton



Sebuah video bayi bersama bapa dan kembar bapanya viral hingga cecah 8 juta penonton dalam masa 4 hari apabila bayi tersebut keliru ingin membezakan siapa bapanya yang sebenar. Stephen Ratpojanakul merupakan bapa sebenar kepada bayi itu dan Michael Ratpojanakul adalah bapa saudara kepada bayi itu.
 
Pada mulanya, bayi yang diberi nama Reed masih lagi kenal bapanya dengan memanggil gelaran “Dada”. Kekeliruan bermula apabila Michael Ratpojanakul, kembar kepada bapa sebenar bayi itu menanggalkan cermin matanya dan  sekaligus membuatkan Reed benar-benar keliru dan turut memanggilnya “Dada”
 
Bayi Reed tetap akan memanggil kedua-duanya “ Dada “  apabila setiap kali mereka berdua bertukar pegang bayi tersebut. Gelagat comel aksi bayi Reed membuatkan bapanya  ingin memuat turun video itu di laman sosial  Facebook dengan niat sekadar ingin berkongsi kepada salah seorang rakannya namun tidak pernah menyangka video tersebut akan menjadi viral dan mendapat jumlah 8 juta orang penonton dalam masa 4 hari. Jom usha video comel ini!





Sumber - YouTube

No comments

Powered by Blogger.