Header Ads

Viral Dokumen sulit gaji Singa Utara



PERSATUAN Bolasepak Perlis (PFA) akan memeriksa terlebih dahulu sama ada dokumen sulit mengenai gaji pegawai, pemain tempatan dan importnya bagi 2016 yang kini menjadi viral di laman media sosial sahih sebelum mengambil sebarang tindakan.
Sejak beberapa hari lalu, sehelai dokumen bertajuk “Senarai Gaji Pegawai, pemain dan kakitangan Perlis FA 2016” yang tidak boleh didedahkan kepada umum menjadi bualan ramai terutamanya penyokong Singa Utara.
Presiden PFA, Datuk Rozabil Abdul Rahman berkata, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut malah telah segera mengarahkan pengurusan persatuan menyiasat tentang perkara tersebut.
Katanya, semakan perlu dibuat terlebih dahulu sebelum sebarang komen dapat dikeluarkan.
“Saya dah minta pengurusan PFA utk siasat sama ada dokumen tersebut asli atau palsu sekiranya benar keluar dalam media sosial,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.