Header Ads

Viral "The Bagels" makanan yang popular di media sosial


Pastinya anda terliur dengan makanan ini. Rupa bulat yang comel, dihasilkan dengan warna warni yang menarik didatangi pula dengan pelbagai jenis perisa. Tak lain tak bukan, makanan yang sedang menjadi trending sekarang iaitu The Bagels. 

Konsep makanan yang sama seperti Aunti anne’s, Dunkin Donughts, dan kini The Bagels memperkenalkan satu idea yang baru dengan menghasilkan pelbagai jenis warna striking yang semestinya kelihatan sangat menarik perhatian orang ramai untuk beli dan cuba kesedapan makanan ini.

Ia telah menjadi viral di media massa terutamanya di Instagram kerana rupanya yang menarik untuk dimakan. The Bagel Store popular dengan kedai makanan yang menghasilkan Bagels berwarna-warni di Brooklyn. Rak The Bagel Store kini dipenuhi dengan pelbagai jenis warna Bagels yang menarik setelah proses penghasilan makanan ini selesai. 

Konsep serta idea baru ini diperkenalkan oleh Scot Rossillo ternyata mewujudkan rasa yang lazat, unik dan bukan itu sahaja, The Bagels ini boleh diakhiri dengan rasa krim keju yang luar biasa seperti funfetti krim keju, Nutella dan juga krim cannoli. 

Bayangkan betapa enaknya rasa setelah digigit bersama dengan krim yang cair di mulut pasti akan menceriakan hari anda. selain itu, terdapat beberapa pilihan yang pasti menyeronokkan serta pelbagai perhiasan yang boleh dimakan. Dan pasti The Bagels merupakan pilihan makanan anda yang paling tepat.





Sumber - The Bagels Store Instagram


No comments

Powered by Blogger.