Header Ads

UsBidi, Kabel Pengecas ‘Pintar’ Yang Mengecas Secara Automatik


BATERI di dalam peranti anda adalah komponen yang sensitif terhadap haba dan mempunyai hayat yang terhad.
Setiap pengeluar akan mengesyorkan pengguna supaya mencabut peranti selepas bateri dicas sehingga penuh.

Masalahnya ialah berapa ramai di antara kita yang memastikan pengecas dicabut selepas bateri sudah dicas sepenuhnya?
Tidak ada sistem pada peranti yang memberikan peringatan bahawa pengecasan sudah tamat.

Ini boleh membawa kepada risiko kebakaran dan hayat bateri menjadi lebih pendek dengan cepat. UsBidi ialah kabel pengecas pintar yang akan menghentikan pengecasan sebaik sahaja bateri mencecah 100%.





Litar pada kepala pengecas akan menghentikan arus elektrik secara automatik dan kerosakan pada bateri dapat dielakkan. Ia turut dilengkapi sistem LED yang bertukar warna apabila peranti sudah habis dicas yang seterusnya membuatkan anda tida perlu kerap memeriksa peranti untuk mengetahui sama ada pengecasan sudah lengkap.

UsBidi turut mampu memakukan pengecasan pantas pada sebuah peranti iOS. Kabel ini direka untuk peranti Android, iOS dam Windows Phone. Harga jualan UsBidi pula bermula dari USD26 (RM110) sebuah. 



Sumber: Kickstarter

No comments

Powered by Blogger.