Header Ads

Unik Lukisan Dinding Yang Mengagumkan



Pelbagai cara seseorang yang bernama pelukis menzahirkan lukisannya. Tidak kira dalam bentuk apa jua. Kadang-kadang hanya melalui kertas kosong, mereka boleh melukis mengikut hati mereka. Ada juga yang menggunakan bahan semula jadi. Itu semua adalah bakat yang ada pada mereka. Unik bukan?

Bernie Mitchell seorang pelukis yang digelarkan pelukis drywall. Berpangkalan di Ontario, Kanada, dia menggunakan pengetahuannya untuk mengukir mural 3D. Dia hanya menggunakan sebatian, dia mencipta sendiri ukiran yang selalunya bertemakan alam dan juga haiwan seperti burung, kuda, serigala dan anjing.

 
Mitchell mula bereksperimen dengan drywall pada awal tahun 1990-an. Dia bermain dengan permukaan yang dibangkitkan dan cahaya. Kemudian, dia mula menggunakan gandum dan batang gandum untuk membuat gambaran. Tetapi hari ini, kerja lukisannya telah berkembang. Masih kekalkan sebagai melukis tetapi dengan lebih kreatif.

Lihat sahaja video yang kami kongsikan ini. Begitu bersahaja Mitchell melakarkan lukisan di dinding dengan sebatian yang digunakan. Hasilnya sangat cantik! Ia seperti sebuah arca. Bila lihat, dinding rumah anda menjadi cantik dan unik.



Sumber - bored panda 

No comments

Powered by Blogger.