Header Ads

Uji Minda Anda Menggunakan Gambar Ini, arnab atau itik?

Para psikologi telah menggunakan gambar ini lebih dari 100 tahun. Ia mendedahkan bagaimana cara otak anda berfungsi, apa yang anda nampak bila tengok gambar tersebut; arnab atau itik?

arnab1170
Jika dilihat secara teliti sebenarnya gambar tersebut memiliki kedua – dua imej. Ia merupakan ilusi optik yang pertama digunakan dalam sebuah majalah Jerman pada tahun 1892 dibawah tajuk “Kaninchen und Ente” – “ Arnab dan Itik”.
Adalah dipercayai bahawa jawapan seseorang menunjukkan bagaimana perasaan mereka pada saat itu dan ianya juga dipengaruhi oleh masa pada tahun tertentu. Ini dibuktikan melalui kajian yang dilakukan kepada kanak – kanak pada musim bunga dan mereka mengatakan gambar tersebut menunjukkan imej arnab. Dan satu lagi kajian kepada kanak – kanak dilakukan pada bulan oktober dan mereka mengatakan melihat imej itik.
Gambar ini sebenarnya bertujuan untuk menguji daya kreativity seseorang. Sesetengah orang hanya mampu melihat satu imej sahaja dan ada pula yang dapat mengenal pasti kedua-dua imej dengan mudah dan secara tak langsung ia membuktikan anda mempunyai minda yang sangat kreatif.
Sumber - Viral Thread 

No comments

Powered by Blogger.