Header Ads

Top 6 Adik Beradik Selebriti Yang Super Gempak!



 
Rakyat Malaysia memang dah jemu didedahkan dengan keanggunan serta kecantikan selebriti-selebriti tanah air ni. Yang bonusnya, adik beradik pun turut sekali cantik, malah menawan pulak tu. Fuh confirm bergetar tulang rusuk lihat kecantikan mereka ni. Jom kita usha siapa adik beradik yang super gojes ni.
 
1. Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose
 

Mereka antara adik beradik selebriti yang popular dekat Malaysia ni. Dua-dua berbakat besar, punya kelebihan dan keistimewaan tersendiri, sekali pandang macam kembar, kadang-kadang keliru nak bezakan yang mana satu Uqasha dan Nelydia.
 
2. Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah
 

Sesiapa pun kenal dengan artis yang tidak pernah lekang dengan bulu mata iaitu Cik Ta dan adiknya Ayu Raudhah. Sama cantik,  anggun bergaya, berbakat besar dalam lakonan dan kedua- duanya juga merupakan ahli perniagaan berjaya. Selain fokus berlakon, kedua beradik ini giat menjalankan perniagaan tudung dan fesyen bersama.
 
3. Emma Maembong dan Chacha Maembong
 

Masing-masing mempunyai karakter dan personaliti berbeza. Keduanya memang pandai berlakon. Beri sahaja watak apa pun, pasti boleh bawa dengan baik. Gadis muda yang berasal dari Kuala Terengganu berdarah kacuk ini dikatakan begitu akrab sekali. Keakraban mereka jelas terpancar dalam program reality The House yang menampilkan kehidupan mereka adik beradik. Difahamkan, Chacha ni selalu dibuli oleh Emma. Betul ke? Hehe
 
4. Fathia Latif dan Fanna Latif
Kemunculan Fathia Latif mula dikenali menerusi drama siri popular iaitu Ariana Rose. Tinggi lampai, cantik dan berwajah kacukan ini kian popular berlakon dalam beberapa drama siri TV. Cuba korang usha gamba Fathia dengan kakaknya Fanna Latif di Instagram, confirm tak berkelip mata. Memang cantik paras rupa itu merupakan satu anugerah buat mereka berdua.
 
5. Anzalna Nasir dan Diana Nasir

 
Finalis Dewi Remaja 2010 iaitu Anzalna Nasir ini digelar sebagai Kim Kardashian Malaysia dimana kesemua bilangan adik beradiknya terdiri daripada perempuan. Pelakon serta model cantik  yang bakal bernikah pada Februari ini terkenal dengan sifat humble dan tidak pernah sombong ketika bertemu peminat.  Malah kakak beliau iaitu Diana Nasir juga merupakan seorang model dan kecantikan yang dimiliki oleh mereka berdua ini boleh dikatakan bonus buat mereka.
 
6. Fasha Sandha dan Elisya Sandha

Merupakan ibu kepada 2 orang anak, sangat komited pada kerja dan masa, tak lain tak bukan iaitu Fasha sandha. Wanita kelahiran Penang ini tidak pernah memberi kekecewaan kepada penonton ketika berlakon. Sehingga kini, Fasha masih lagi aktif dalam lakonan. Namun, selain berlakon Fasha juga sibuk menguruskan bisnes salon serta produk kecantikan beliau. Adiknya iaitu Elisya Sandha juga memiliki raut wajah yang cantik dan merupakan seorang model majalah.  Sebut sahaja anak mami, memang kebiasaannya cantik-cantik belaka.
 
Korang yang perempuan tu tak rasa tercabar ke lihat kecantikan mereka semua ni? Tidak mengapa, setiap orang dianugerahkan kelebihan masing-masing, cantik bukan sahaja terletak pada raut wajah, malah boleh dikategorikan dalam pelbagai aspek. Jadi, jangan hilang keyakinan diri, khas ditujukan kepada kaum hawa, percayalah bahawa anda semua merupakan kaum yang cantik !

No comments

Powered by Blogger.