Header Ads

Tips Tanggalkan Roadtax Kereta Dengan Mudah

Pasti ramai di luar sana mempunyai masalah untuk menanggalkan Roadtax di cermin kereta. Ada yang mengeluh tak sengaja merosakkan tinted dek kerana ingin menghilangkan kesan tampalan Roadtax dan ada pula yang malas untuk menanggalkannya lalu membiarkan sehingga penuh satu cermin depan. Heee..
Kat sini kami nak kongsikan macam mana cara nak menanggalkan Roadtax kereta dengan mudah.
Bahan utama untuk menjayakan misi ini adalah :
  1. Kain
  2. Air Panas
Seterusnya korang hanya perlu ikut langkah di bawah.
1. Roadtax kereta yang ingin ditanggalkan. 
1

2. Rendam kain dalam air panas..
2

3. Letak kain tersebut di cermin kereta dan biarkan selama 10 minit supaya gam dari Roadtax cair.
roadtax1170

4. Tarik Tampalan Roadtax tersebut perlahan – lahan.
tarik

5. Dan akhirnya berjaya dengan cemerlang!
1ds

Selamat mencuba ya!

Sumber - Facebook Debu Putih 

No comments

Powered by Blogger.