Header Ads

Tips Pilih Spec Yang Sesuai Ikut Bentuk Muka



Manusia dilahirkan dengan pelbagai jenis bentuk muka. Ada yang jenis bulat, bujur, segi empat dan sebagainya. Bagi mereka yang mempunyai masalah rabun, pastinya sukar buat korang untuk pilih jenis spec yang macam mana bersesuaian dengan bentuk muka kan?
 
Mana tidaknya, pemilihan spec yang betul dan sesuai dengan kita memang penting dan harus diambil kira jika ingin kelihatan cantik dan bergaya. Walaupun ada di antara korang semua  hanya menjadikan spec ini sekadar aksesori, tips ini juga penting buat korang tau. Jadi , jom kita lihat jenis spec yang macam mana agaknya sesuai dengan bentuk muka korang
 
 
1) Bentuk muka segi empat
 
kalau korang mempunyai bentuk muka segi empat, spec yang paling sesuai adalah berbentuk bulat,bujur atau korang juga boleh pilih spec yang berbentuk cat eye. Nampak bergaya sikit ya tak?
 
2) Bentuk muka bujur sirih
 
Bentuk muka ini paling sesuai untuk semua jenis spek. Tidak kisah, bujur, bulat petak atau sebagainya. Kesemua jenis rekabentuk spec yang ada ternyata memang sesuai dengan bentuk muka anda.
 
3) Bentuk muka bulat
 
Bagi mereka yang berwajah bulat, sila pilih spec yang bersegi untuk menampakkan wajah korang lebih tirus dan runcing. Elakkan memakai spec berbentuk bulat atau bujur kerana ianya akan menampakkan wajah anda kelihatan lebih bulat.
 
4) Bentuk muka seperti hati
 
Jika anda mempunyai dahi yang agak luas dan dagu yang runcing, maka bentuk muka anda adalah berbentuk hati. Pemilihan spek yang paling sesuai adalah berbentuk rama-rama ataupun cat eye adalah yang terbaik dan sesuai dengan anda.

Sumber - Cosmopolitan 

No comments

Powered by Blogger.