Header Ads

Tips pertama kali travel dengan seorang diri

Siapa yang tidak suka jalan-jalan, melihat pemandangan indah dan bertemu dengan orang serta perkara yang baru. Tapi mungkin ramai yang takut untuk cuba mengembara lebih lagi bila pergi seorang diri.

Banyak faktor kekangan yang bermain di kepala apabila kita mahu merancang mengembara seorang diri. Contohnya tidak ada teman borak, rasa tidak selamat jalan seorang diri, bila susah mungkin tiada siapa yang membantu dan macam – macam lagi.  

So, di sini saya kongsikan beberapa tips pertama kali travel dengan seorang diri :

1.Tawakal dan Doa

Kita tak mampu nak plan semua benda, so memang kene tawakal dan yakin semua yang terjadi adalah yang terbaik untuk kita.

2.Couchsurfing

Site terbaik untuk  travel kerana kita bukan sahaja boleh jimat duit tapi secara tak langsung kita boleh connect dengan local jugak. Bak kata pepatah inggeris “Good Connection Is Important” so next time kalau nak travel lagi sekali kita dah ada kawan.

3.No English, No Problem.

Menurut traveller, ramai je yang tidak mahir berbahasa inggeris namun mereka tetap akan membantu. So jangan takut sebab ada banyak lagi kan cara nak berkomunikasi.

4.Kena Fit

Bila mengembara seorang diri lepas tu on bajet pulak so badan memang kene fit sebab kita kena berjalan kaki banyak.

5.Travel Light

Elakkan bawak barang yang banyak dan limitkan berat beg dari 10kg sebab kita nak kena pikul beg tu ke hulur ke hilir.

6.Travel Slow

Ingat mengembara bukan racing, so jangan terkejar-kejar. Plan untuk satu bandar sekurang-kurangnya 2 atau 3 hari. Selain kita nak tengok-tengok bandar pada masa yang sama badan pun perlukan rehat jugak. Kalau setiap hari paksa badan tanpa rehat memang akan collapse atau sakit. 

Boleh la korang cuba tips ni mudah-mudahan dapat memudahkan anda untuk pergi melancong ke luar negara.

No comments

Powered by Blogger.