Header Ads

Tips pakaian lelaki yang formal untuk temuduga



Kebanyakan calon lelaki apabila menghadiri temuduga masih belum faham kod etika pakaian untuk lelaki. Terutamanya dalam pemilihan seluar. Calon masih tidak boleh membezakan antara seluar yang boleh dipakai dan tidak semasa dalam temuduga.
Cara penampilan calon amat penting sekali untuk memastikan calon benar-benar berkelayakan untuk jawatan yang ditawarkan dan memberi gambaran kepada penemuduga bahawa calon sudah besedia.
Antara tip yang boleh digunakan ialah:
1. Jaket
Calon hendaklah memilih jaket yang berwarna gelap seperti hitam dan biru gelap untuk memberi efek keseriusan pada penampilan calon. Jika calon memakai jaket berwarna coklat, putih atau warna-warna fesyen seperti merah, biru, hijau dan sebagainya boleh menyebabkan calon kelihatan tidak serius seolah-olah hendak menghadiri majlis. Etikanya disini dikecualikan jika calon memang hendak menghadiri temuduga dalam bidang kreatif umumnya dan fashion designer,  ataufashion stylish khasnya . Ia memang sangat digalakkan untuk berpenampilan sedemikian.
Pemilihan potongan gaya jaket juga perlu diambil berat kerana terdapat jaket yang berwarna gelap tetapi potongannya tidak sesuai untuk ke pejabat. Jaket tersebut hanya sesuai digunakan untuk acara kasual yang tidak memerlukan calon untuk kelihatan serius.
jacket 3
Fabrik juga memainkan peranan dalam pemilihan jaket. Terdapat fabrik jaket hanya sesuai digayakan untuk kelihatan kasual. Selalunya, material yang digunakan daripada material kain lembut seperti cotton, polyster dan sebagainya dan tida mempunyai lapisan seperti jaket khas untuk ke pejabat iaitu lapisan untuk menahan daripada kesejukan pendingin udara.
Namun, jaket adalah pilihan untuk ke temuduga. Jika calon tidak memiliki jaket cukup sekadar berkemeja dan bertali leher, calon sudah boleh kelihatan hebat.
2. Kemeja
Potongan kemeja perlu sesuai denga potongan badan calon. Potongan kemeja hedaklah tidak terlalu besar atau kecil apabila dipakai oleh calon. Ini kerana calon akan kelihatan selekeh jika kemeja terlalu besar atau kelihatan sendat dan sempit seperti bungkusan nangka jika calon memakai baju yang kecil daripada potongan badan sebenar calon. Paling dikhuatiri, calon akan mendapat persepsi negatif daripada penemuduga bahawa anda tidak bersedia untuk hadir ke temuduga tersebut.
Warna kemeja juga hendaklah warna yang lembut dan cerah serta tidak bercorak (plain) agar mudah disesuaikan dengan tali leher yang akan dipakai. Warna yang disarankan adalah seperti biru laut/ muda dan putih untuk mudah mempengaruhi kelembutan emosi kepada penemuduga. Mereka juga manusia biasa yang boleh terganggu emosinya dengan pelbagai sebab.
3. Seluar slack
Terdapat 3 jenis potongan seluar dalam pasaran. Ada yang double pleatsingle pleat dan flat front (tiada lipatan lisu) . Potongan seluar double pleat sesuai untuk mereka yang mempunyai perut yang agak lebar. Manakala single pleatuntuk mereka yang mempunyai bahagian perut yang sederhana dan kecil. Mereka juga boleh memakai seluar flat front tetapi ianya lebih sesuai digayakan dalam acara kasual.
credit photo:trendkin.com
credit photo:trendkin.com
credit photo: internships.com
credit photo: internships.com
*pleat: lipatan lisu dibahagian tali pinggang
Warna yang disarankan juga gelap berpadanan dengan jaket yang digayakan. Fabrik seluar juga bukan daripada jeans, potongan khakis  atau kudroi. Ia merupakan potongan dan fabrik yang tidak sesuai digayakan semasa dalam temuduga kerana lbih bersifat acara kasual tidak bersifat korporat mahupun professional.
4. Stokin dan kasut
Warna stokin dan kasut perlu berpadanan dengan seluar yang dipakai iaitu berwarna gelap. Potongan kasut hendaklah potongan gaya professional bukan gaya untuk majlis makan malam atau untuk acara santai.
5. Tali Leher
Pemilihan tali leher tidak serumit jaket, kemeja dan seluar. Pemilihan tali leher hanya dititikberatkan pada pemilihan warna. Tali leher yang berpengaruh dicadangkan lebih gelap daripada warna kemeja. Untuk kelihatan lebih hebat dan mempunyai karisma padankan kemeja putih dengan tali leher berwarna merah. Penampilan calon bukan sahaja hebat malah warna tersebut sendiri akan memberi efek kepada calon untuk lebih semangat dan bertenaga dalam sesi temuduga.
credit photo: tie-necktie.com
credit photo: tie-necktie.com
6. Jam Tangan
Kesalahan yang biasa dilakukan oleh calon lelaki ialah memakai jam tangan berupa sport yang tidak sesuai digayakan dengan pakaian yang digayakan. Sport watch hanya sesuai digayakan dengan pakaian acara santai atau kasual. Jika digayakan bersama st ia boleh mengurangkan kredebiliti profesional dan korporat. Bukankah seperti ada yangtidak kena pada penampilan itu?
ELAKAN:
Memakai BEG SANDANG BELAKANG semasa menghadri temuduga. Ia menyebabkan anda seolah-olah kelihatan masih seorang pelajar. Penampilan tersebut juga boleh mengurangkan kredebiliti seorang professional.

No comments

Powered by Blogger.