Header Ads

Tips mengenalpasti rayban original atau palsu

Rayban adalah kacamata hitam yang popular, dan juga produk ini popular untuk di ciplak. Ini adalah tips mengenalpasti rayban original atau palsu supaya tidak ditipu.

Tiada masalah jika anda mahu membeli Rayban palsu atau original. Sebab aku pun tahu harga Rayban Original bukannya murah. 

Tips Mengenali Rayban Original Atau Palsu

1. Kotak



Kebiasaannya apabila kita membeli apa juga barang, kita sudah pasti hanya akan membelek barangan yang hendak kita beli, tapi tidak pula kita membelek kotaknya. Begitu juga apabila kita membeli kacamata. Cuba kali ini anda pergi membeli kacamata rayban minta dengan jurujual nak tengok kotanya.

Tipsnya cuba belek kotak itu samaada ia ada sticker yang menunjukkan Manufacturer, Model NoColour CodeSize dan Barcode. Selepas itu cuba semak samaada apa yang tertulis di kotak itu sepadan dengan apa yang di cetak pada kaki sebelah kiri Rayban tersebut.


2. Casing/Pouch



Selalunya casing Rayban hanya ada 2 warna sahaja iaitu hitam dan coklat, kecuali warna merah untuk keluaran Model Rare Print, Black Carbon Fiber bagi model Rayban TECH dan warna kelabu dengan tulisan TITANIUM bagi model TITANIUM series. Bagi gambar di atas adalah casing bagi model Aviator RB3025 dan RB3026. 

Untuk mengetahui original atau palsu, kita boleh perhatikan perbezaan bentuk dan saiz, juga material kulit yang digunakan adalah 'dull' (tidak berkilat). Casing yang palsu mungkin berkilat sedikit kerana diperbuat daripada material murah.

Perhatikan juga kedudukan bulatan logo yang terletak di tepi casing, kedudukannya sepatutnya berada di tengah-tengah.

3. Lens Sticker




Sticker pada lens Rayban mungkin tak semua yang ada sticker. Namun, sekurang-kurangya kita tahu apa kegunaan sticker ini.

Seperti gambar di atas sticker G-15 yang bermaksud Green serta 15% Light Transmission. Jika lens kacamata berwarna lain dari Green tetapi tidak sticker G-15 , sah la ianya palsu.

3. Cloth & Printed Material




Cloth atau kain untuk mengelap akan disertakan sekali dengan 'printed material' bersama dalam satu plastik. Dan ada juga yang disertakan dengan booklet, yang isinya menceritakan tentang model-model The Icons, sejarahnya serta keterangan, namum ada juga yang tidak disertakan booklets ini.

5. Lens



Kita juga boleh perhatikan tulisan 'Rayban' pada lens. Jika original semua kedudukan tulisan itu pada sudut dan jarak yang sama. Ruang diantara bingkai dan tulisan juga sama jaraknya. Manakala bagi kacamata palsu selalunya kedudukannya tidak sama, ada ketengah sedikit, ada yang ketepi sedikit.

Perhatikan pula lens sebelah kiri, akan ada tulisan 'RB' yang telah di'engrave' pada lens. Kedudukan tulisan itu selari dengan joint bingkai sebelah kiri.

6. Frame



Pada frame kacamata ini juga ada yang boleh kita perhatikan. Pada frame sebelah kiri dicetak maklumat Model, Colour Code, Size dan Filter Type. Contoh RB3025 AVIATOR LARGE METAL 001/51 58-14 3N. Pada frame sebelha kanan pula dicetak tulisan 'Rayban MADE IN ITALY R CE.

Jangan kita terkeliru kerana selalunya Rayban palsu juga ada tertulis semua ini pada frame. Jadi kita kena semak juga adakah ia sama dengan apa yang tertulis pada kotak. Ataupun boleh juga kita 'google' sebagai contoh taip ' RB3025 001/51. Dan jangan pula kita tersilap ada juga beberapa model Rayban bagi pasaran Asia yang mungkin Made In China atau Made In Japan, ianya tak semestinya palsu.

Okeyy...yang tu sebagai contoh untuk kita ketahui yang mana ori atau palsu. Ingat kalau nak beli perlu tahu selok-belok tentangnya bukan ikut bantal sedap ja.

No comments

Powered by Blogger.