Header Ads

Tips cara menulis resume kerja

Korang tahu tak resume ni kiranya macam ringkasan maklumat diri yang seharusnya lengkap dan padat. Jangan terlalu panjang, jangan terlalu pendek. Berjela-jela tapi input atau isi penting tak dak, tak guna juga kan.

Jadi pastikan resume anda itu dihiasi dengan kelebihan dan keistimewaan diri anda, terutamanya yang berkaitan dengan pekerjaan yang anda nak pohon itu. Resume ini ada macam-macam jenis. Yang ini merupakan salah satu bentuk resume yang mudah, padat dan lengkap.


Apa yang patut ada dalam resume anda?

  1. Butiran lengkap diri anda seperti, Nama, Tarikh Lahir, No. Kad Pengenalan, Alamat dan lain-lain.
  2. Latar belakang Pendidikan atau pencapaian akademik. Tak kisahlah nak masukkan detailnya dari UPSR sampai PHD sekali pun. Tak ada masalah pun. Bermula dari SPM dan ke atas pun tak ada masalah.
  3. Kemahiran dan Bahasa. Di bahagian kemahiran ini, ceritakan secara tepat dan padat mengenai kemahiran yang anda ada, terutamanya kelebihan yang berkaitan dengan bidang pekerjaan yang anda pohon. Di bahagian bahasa pula senaraikan bahasa-bahasa yang anda kuasai. Mandarin ke? Jerman ke? Korea ke?
  4. Objektif dan matlamat kerjaya anda. 
  5. Pengalaman Bekerja.
  6. Kekuatan Peribadi atau Kelebihan diri. Nyatakan kelebihan diri anda, seorang yang mampu bekerja di bawah tekanan ke? Haaa..hebat ini.
  7. Aktiviti Ko-kurikulum. Nyatakan tanggungjawab anda dan penglibatan anda dalam aktiviti kokurikulum. Misalnya Pengerusi Kadet Remaja Sekolah, penglibatan pula mewakili negeri dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Kedah.
  8. Rujukan. Untuk rujukan ini pula masukkanlah nama-nama majikan atau guru, atau pensyarah anda. Sekurang-kurangnya ada 2 orang rujukan pun sudah memadai.

Contoh Resume Kerja


Itulah antara maklumat yang sekurang-kurangnya, perlu ada dalam resume anda. Selain daripada resume yang mantap, penampilan yang menepati kod dan etika pemakaian temuduga serta berkeyakinan juga diperlukan untuk "memikat hati" panel-panel penemuduga.




No comments

Powered by Blogger.