Header Ads

Telefon Pintar Android Termurah Di Dunia, Hanya RM15 sahaja



APAKAH harga paling murah pernah anda bayar untuk memiliki sebuah peranti pintar?

Kali terakhir kami membayar untuk sebuah peranti pintar ialah pada 2015 untuk Xiaomi Mi4, harga jualan adalah sekitar RM750 pada ketika itu. Di pasaran sekarang terdapat banyak peranti pintar yang boleh dibeli mengikut kemampuan pengguna.

Jadi tidak mengejutkan terdapat variasi peranti pintar juga sudah boleh dimiliki oleh mereka yang berpendapatan rendah.
Di India istilah ‘peranti mampu milik’ mereka nampaknya jauh lebih menakjubkan dari di negara kita.
Freedom 251 ialah sebuah peranti pintar Android 5.1 yang dijual pada harga hanya ₹251, iaitu sekitar RM15 sebuah.


Ia dilengkapi skrin 4 inci qHD, diperkasakan pemproses 1.3 GHz empat teras, RAM sebesar 1 Gigabyte dan muatan dalaman sebesar 8 Gigabyte.
Dari segi kemampuan optik pula ia mempunyai kamera utama 3.2 Megapixel dan kamera hadapan 0.3 Megapixel.
Peranti yang menyokong rangkaian 3G ini juga dilengkapi bateri sebesar 1400 mAh.

Telefon ini dihasilkan khas untuk golongan kurang berkemampuan di India untuk memiliki peranti pintar yang selama ini dianggap sebagai barangan mewah.


Aplikasi terpasang pada Freedom 251 membolehkan mereka mengakses berita terkini, melakukan panggilan kecemasan dan melakukan transaksi wang. Di negara seperti India telefon mudah alih sudah lama digunakan untuk mengubah tahap hidup golongan kurang berkemampuan.

Pinjaman kredit mikro dipindahkan terus ke telefon selular dan mereka boleh membeli barangan secara pemindahan kredit telefon. Di kawasan pedalaman telefon selular menghubungkan mereka ke dunia luar kerana ketiadaan telefon berwayar. Siapa sangka sebuah peranti pintar Android boleh dijual semurah ini.

Sumber: Freedom251




No comments

Powered by Blogger.