Header Ads

Sinopsis Drama Isteri vs Tunang (Astro)



Drama terbaru adaptasi novel Isteri Vs Tunang karya Aisya Azahar akan menggantikan drama Sha & Shah di Astro Ria. Menampilkan lakonan Hisyam Hamid, Scha Al-Yahya, Sharifah Sakinah, Azrel Ismail dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Michael Ang, dibawah produksi Cube Film Sdn Bhd. Saksikan Isteri vs Tunang mulai 1 Februari ini, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123. 

SINOPSIS DRAMA ISTERI VS TUNANG 

Insiden berlaku dengan Zaim, seorang lelaki yang angkuh di mata Alana membangkitkan kemarahan gadis itu lantas tanpa berfikir panjang telah mencabar lelaki itu untuk mengahwininya. Demi ego seorang lelaki, Zaim menyahut cabaran itu.

Apabila fikirannya mula tenang, Alana tersedar yang dia telah mengambil tindakan yang bodoh dan meminta Zaim membatalkan rancangan peminangannya. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila kedua ibu bapanya telah menerima pinangan Zaim.

Kehadiran Irfan Fakhrul dirasakan tepat pada waktunya. Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan Alana dan Zaim.

Bantahan dari Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik kedua keluarga.

Setelah berasa puas kerana dapat menyahut cabaran Alana, Zaim kembali menjalinkan hubungan dengan Amira Irdina, bekas tunangnya.

Bagaimanakah kesudahan hubungan Alana dan Zaim? Mampukah bantera yang didirikan atas dasar ego dan tanpa cinta berkekalan? Atau, berjayakah Amira menyingkirkan Alana dari kehidupan Zaim? Siapa yang sebenarnua menjadi orang ketiga? Amira? Alana? Antara isteri dan tunang... yang manakah akhirnya menjadi pilihan?

"Ketentuan yang tidak pasti.... Itulah meresahkan hati..."

Novel Isteri VS Tunang ini sedang pun menjalankan pengambaran yang akan memperlihatkan gandingan Scha AlYahya bersama Hisham Hamid, Azrel Ismail, Lia Natalia, Sharifah Sakinah dan ramai lagi.





No comments

Powered by Blogger.