Header Ads

Sinopsis Drama Menongkah Kasih (TV9)



Bermula 26 Januari, Drama Menongkah Kasih akan disiarkan di slot Azalea TV9 setiap hari Selasa hingga Jumaat pada pukul 8:30 malam.

Drama Menongkah Kasih yang berkisahkan kekeluargaan dilakonkan oleh Ayda Jebat, Aidil Aziz, Ana Dahlia, Zarina Zainuddin, Beego, Fikhree Bakar dan ramai lagi. Untuk anda yang ketinggalan menonton drama Menongkah Kasih, boleh ikuti siaran ulangannya bermula 1 Februari, setiap Isnin hingga Khamis jam 2 petang.
Sinopsis Drama Menongkah Kasih
Drama menongkah Kasih mengisahkan tentang tentang seorang ibu tunggal bernama Datin Rahmah lakonan Zarina Zainuddin. Datin Rahmah sering mengabaikan dua orang anaknya Reffa dan Riyana kerana terlalu sibuk menguruskan perniagaan. Sikap Datin Rahmah itu telah membuatkan Reffa dan Riyana rasa terpinggir dan mula membawa haluan masing-masing.
Untuk dijadikan cerita, ketika Datin Rahmah semakin berusia, dia mula rasa kesunyian biarpun Reffa dan Riyana tinggal bersamanya. Kedua-duanya sering sibuk dan membiarkan Datin Rahmah keseorangan. Ini membuatkan Datin Rahmah cemburu melihat kemesraan keluarga pemandunya.
Namun Datin Rahmah tidak menyalahkan kedua anak perempuannya. Dia sedar yang kesunyian yang dirasainya itu berpunca dari sikapnya sendiri sewaktu muda yang terlalu fokus pada kerjaya.
Satu hari ketika Datin Rahmah sendirian di pejabat, tiba-tiba dia berasa pening sehingga jatuh pengsan.
Menarik kan Sinopsis Drama Menongkah Kasih ini? Jadi kalau nak tahu apa akan terjadi kepada Datin Rahmah selepas itu, jangan lupa saksikan Drama Menongkah Kasih di slot Azalea setiap Selasa hingga Jumaat jam 8:30 malam di TV9.

No comments

Powered by Blogger.