Header Ads

Sinopsis Drama Inikah Cinta (TV3)



Menemui penonton di slot Dahlia TV3, Drama Inikah Cinta yang bakal bersiaran sebanyak 14 episod dibintangi oleh Niezam Zaidi dan Farah Nabila. Drama arahan Ahmad Khalid Ahmad ini disiarkan setiap Jumaat hingga Ahad pada pukul 6.58 petang.

Antara barisan pelakon lain yang turut membintangi drama Inikah Cinta terbitan Uniutama Management Holdings Sdn Bhd (UMHSB) adalah Aweera, Syainie Aida, Fizz Fairuz, Jasmin Hamid, Kazar Saisi, Zee Zainal,Acap, Fatin Amyrah, Aznah Hamid dan Syazliana Shuhaimi.


Sinopsis Drama Inikah Cinta
Drama Inikah Cinta mengisahkan tentang Muammar yang begitu gembira menyertai kelab fotografi di UUM setelah membeli kamera DSLR dengan duit simpanannya. Rose Adeline yang merupakan anak kepada pensyarah di fakulti undang-undang telah terpilih untuk menjadi pengerusi kelab fotografi. Namun pemilihan itu mengecewakan beberapa orang pelajar lain termasuk rakan baik Muammar yang bernama Aizat.
Muammar pula tertarik kepada kecantikan Rose dan mula jatuh cinta kepadanya. Namun Rose telah menetapkan syarat, Muammar terlebih dahulu perlu mencari 3000 kuntum bunga.
Aktiviti pertama kelab fotografi itu adalah sesi fotoshoot di Gunung Jerai. Aizat pula mencadangkan agar mereka bermalam di sana.
Apa akan terjadi selepas itu? Dapatkah Muammar memenuhi permintaan Rose? Untuk mengetahui kesudahan drama bergenre romantik komedi ini jangan lupa saksikan Drama Inikah Cinta di slot Dahlia TV3.
Untuk anda yang tercari-cari lagu tema atau OST Drama Inikah Cinta, di bawah ini dikongsikan lirik lagu Beautiful, nyanyian Aziz Harun. Lirik lagu ini adalah hasil karya Aziz Harun, Mike Chan, Omar K dan Faizal Tahir.
OST Inikah Cinta – Beautiful
Tutur dan caramu sesuatu
Mampu membuat semua terpaku
Namun cara kau tunduk membisu
Buat ku tahu yang kau tak tahu
Jelita
Kau sempurna
Girl you are so beautiful
Ku mahu kau tahu
Kenapa mahu malu
Kau memang cantik begitu
Girl you are so beautiful
Harusnya kau tahu
Tapi kau memang tak pernah
Percaya bila ku kata
Kau cantik tak terkata
Itu hakikatnya
Kau harus percaya kau beautiful
Kau cantik tak terkata
Itu hakikatnya
Believe me when I say you’re beautiful
Tak perlu jadi Dewi Remaja
Dirimu sudah luar biasa
Namun bukan hanya luaranmu
Sungguh kau tahu nilai dirimu
Jelita
Kau sempurna
Girl you are so beautiful
Ku mahu kau tahu
Kenapa mahu malu
Kau memang cantik begitu
Girl you are so beautiful
Harusnya kau tahu
Tapi kau memang tak pernah
Percaya bila ku kata
Kau cantik tak terkata
Itu hakikatnya
Kau harus percaya kau beautiful
Kau cantik tak terkata
Itu hakikatnya
Believe me when I say you’re beautiful
Girl you’re beautiful (girl you’re so beautiful)
Girl you’re beautiful (girl you’re so beautiful)
Girl you’re beautiful (girl you’re so beautiful)
Girl you’re beautiful
Girl you are so beautiful
Girl you are so beautiful
Girl you are so beautiful
Girl you are so beautiful
Ku mahu kau tahu
Kenapa mahu malu
Kau memang cantik begitu
Kau cantik tak terkata
Itu hakikatnya
Kau harus percaya kau beautiful
Kau cantik tak terkata
Itu hakikatnya
Believe me when I say you’re beautiful

No comments

Powered by Blogger.