Header Ads

Senarai orang Melayu terkaya di Malaysia tahun 2015

Berdasarkan senarai 50 orang terkaya di Malaysia yang dikeluarkan oleh majalah perniagaan popular Forbes. Berikut 5 senarai teratas orang Melayu terkaya di Malaysia :

1. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary 



Beliau merupakan orang melayu terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$2.9 bilion (RM10.44 bilion). Beliau yang berusia 63 tahun memulakan karier perniagaannya sebagai pedagang beras dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi. Bagaimanapun usaha beliau sepanjang bergelar seorang ahli perniagaan , Kini beliau menjalankan pelbagai perniagaan terutamanya menerusi syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, iaitu MMC Corp dan DRB-Hicom. Beliau yang juga pengerusi Yayasan Al -Bukhary merupakan individu yang kekal dalam senarai teratas 10 orang terkaya di Malaysia dan dari 50 senarai itu beliau berada di kedudukan kelapan.

2. Tan Sri Azman Hashim 



Orang Melayu kedua terkaya di Malaysia adalah Tan Sri Azman Hashim dengan nilai kekayaan yang dicatat sebanyak AS$865 juta ( RM3.11 bilion). Beliau berusia 75 tahun mengetuai perbankan Kumpulan AmBank yang diasaskannya pada 1976 dengan nama Arab-Malaysian Bank. Selain itu beliau juga memiliki kepentingan dalam bank pelaburan ECM Libra RCE Capital dalam senarai 50 Individu terkaya di Malaysia. Beliau berada dalam kedudukan ke-20.

3. Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin 



Orang Melayu ketiga terkaya di Malaysia adalah adik- beradik Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin dengan nilai kekayaan yang terkumpul oleh mereka adalah sebanyak AS$860 juta ( RM3.10 bilion). Mereka merupakan taikun minyak dan gas (O&G) menerusi Syarikat Penyedia Perkhidmatan O & G, SapuraKencana Petroleum Bhd. (SapuraKencana ) untuk 50 individu terkaya di Malaysia Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin berada di kedudukan Ke-21.

4. Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim 



Bagi Tempat KEEMPAT Pula Adalah Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim. Menurut Forbes Penilaian HARTA Yang Dicatat beliau Adalah sebanyak AS $ 740 juta ( RM2.66 bilion) Secara ringkas Mengenai Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, beliau merupakan Pemilik Syarikat Perkhidmatan helikopter , Weststar Aviation Yang Memberikan Tumpuan Kepada Sektor O & G Antara Syarikat -syarikat Yang MENGGUNAKAN perkhidmatannya ialah Petronas Carigali , Shell dan Tullow Oil beliau Juga mengimport dan mengedar Kenderaan Perdagangan dan Kereta Mewah Kekayaan beliau Pada Tahun 2015 Dicatat Meningkat . Selain ITU beliau Juga Memiliki 4 Peribadi jet, Termasuk Gulfstream II Dalam Senarai 50 Individu Terkaya di Malaysia Pada Tahun 2015 , beliau Berada Dalam kedudukan Ke 25.

5. Tan Sri Mokhzani Mahathir 



Orang melayu Kelima Terkaya di Malaysia Kepada Adalah anak Bekas Perdana Menteri , Tan Sri Mokhzani Mahathir Menurut Forbes Penilaian HARTA beliau Adalah sebanyak AS $ 700 juta ( RM2.52 bilion) Pada Tahun 2014 , beliau tersenarai Dalam kedudukan 10 Individu Terkaya di Malaysia bagaimanapun Akibat Kejatuhan Harga minyak Dunia Sumatera kesannya Kepada Saham SapuraKencana, Majalah Forbes meletakkan kedudukan Mokhzani di Tempat ke- 26 Terkaya di Malaysia DENGAN nilainya menyusut Kepada AS $ 700 juta ( RM2.52 bilion).

No comments

Powered by Blogger.