Header Ads

Senarai Harga Baru Kereta Proton Bermula 15 Februari 2016

Proton telah mengumumkan senarai harga baru untuk semua model dan varian kereta keluarannya berkuat-kuasa mulai 15 Februari 2016. Harga kereta Proton terbaru memperlihatkan kenaikan sebanyak RM312 sehingga maksimum RM2,021 bergantung kepada varian model, seperti yang dilaporkan dalam kenyataan oleh Proton sebelum ini.

Fuh ... agak tinggi juga kenaikan yang dikenakan oleh Proton dalam senarai harga kereta Proton baru untuk tahun 2016 ni. Tentu, ada yang sudah mula fikir dua tiga kali untuk membeli kereta baru. Difahamkan, kenaikan ini terpaksa dilakukan oleh Proton disebabkan kelemahan nilai ringgit dalam pasaran antarabangsa memandangkan pembelian barangan pembuatan menggunakan matawang asing.

Senarai Harga Kereta Proton Baru (OTR) 2016

Senarai Harga Kereta Proton Baru 2016
Dalam kenyataan tersebut, dinyatakan juga penyusutan ringgit telah memberi kesan kepada kos operasi syarikat dan keseluruhan rantaian ekosistem. Jadi, nak tak nak ... harga kereta Proton baru terpaksa dinaikkan.

Proton merupakan jenama kereta yang popular di Malaysia, apatah lagi untuk mereka yang mempunyai bajet ketat. Ia merupakan antara pilihan kereta keluaran Nasional selain daripada Perodua. Kebanyakkan anggap bahawa harga kereta Proton adalah murah, namun ramai yang tidak tahu bukan mudah untuk mendapat pinjaman bank dengan kadar rendah bagi kereta keluaran Nasional ini. Jika nak tahu hakikat sebenar, cuba-cubalah bertanya pada pihak bank atau dealer yang anda yakini. :)


Ok. Sejauh mana kenaikan harga kereta Proton itu ditampilkan, mari lihat senarai penuh harga kereta Proton baru (harga atas jalan/OTR) untuk tahun 2016 ini. Harga kereta yang ditunjukkan melibatkan varian Saga, Persona, Iriz, Exora, Preve dan Suprima S.

Senarai Harga Baru Varian Kereta Proton 2016

Dengan perkongsian ini, saya harap anda akan dapat tahu harga baru yang telah ditetapkan oleh Proton mulai 15 Februari 2016. Maka, bolehlah dibuat perbandingan samada dengan harga lama atau promosi, mahupun dengan harga kereta jenama lain untuk spesifikasi tertentu.


Untuk butiran lebih lanjut mengenai tawaran-tawaran khas berkaitan kereta Proton, bolehlah ke mana-mana showroom berdekatan dengan anda. Harga kereta Proton yang dipaparkan adalah sebagai rujukan anda, dan merupakan harga rasmi yang dikeluarkan oleh Proton di laman web mereka untuk tahun 2016. 

No comments

Powered by Blogger.