Header Ads

Sebab apa blog anda kena removed


Sekarang dah rasa lega nak menaip entry ni dengan perasaan gembira. Sebab apa lega? Sebab aku baru dapat semula blog-blog aku. Beberapa jam yang lepas, bila aku tekan View My Blog kat Dashboard, tiba-tiba keluar
"lokmanamirul.blogspot.com have been removed by blogger". 

Masa mula-mula baca, aku tak percaya. Ingat blogger saja nak bergurau dengan aku. Tau2 kena removed, menggelupur jugaklah nak cari solution untuk recover semula blog nih.So sekarang, aku dah rasa macam mana sakitnya bila blog tiba-tiba kena remove.

Masa aku busy meng Google cara nak recover semula blog, aku tak faham langsung step yang dia list kan. Tapi sebab blog punya pasal, gigih bersengkang mata baca sebutir-sebutir apa yang ditulis. Korang nak tahu apa sebab-sebab yang boleh buatkan blog korang kena remove secara tiba-tiba oleh blogger.com?

  • AffiliateMarketing:Maksudnya, pemasaran bersekutu. Kat situ kau tempek macam-macam iklan untuk kaut keuntungan. Kat sidebar berderet iklan shawl, coklat, macaron, bla3.. Aku pernah masuk satu blog ni yang memang tujuan penulis dia nak kaut untung. Setiap kali update entry, mesti akan masukkan apa-apa banner. Kat sidebar, tak payah cerita. Penuh sampai tak larat nak scroll. So kalau korang rasa blog korang ada unsur-unsur macam ni, sila padam blog sekarang sebelum blogger sendiri tolong padamkan.

  • Content created with scripts and programs, rather by hand: Maksudnya, blog korang auto-generated by scripts. Rasanya bab ni ramai yang tak ada masalah. 

  • Content or links referencing referral-based activities such as GPT,MMH ("Make Money from Home"), MMF ("Make MoneyFast"),MLM("Multi-Level Marketing"), PTC or PTS: Maksudnya blog korang ada content skim cepat kaya. Ala yang gambar yang biasanya orang guna duit untuk buat kipas tangan tu.

  • Content scraped from other blogs/ websites: Ni khusus pada orang yang blog nya tak ada originality. Kerjanya asyik copy paste karya dari blog lain. Tengok, tak pasal-pasal je boleh jadi antara sebab blog boleh kena remove kan?

  • Copyright Infringement: Blog korang blog personal, tapi korang biasanya update pasal link-link untuk download movie, software, lagu, etc

  • Large Blogs with multiple, unfocused/ unrelated subjects: Yang ni aku macam agak terasa sebab blog aku pun dalam kalangan blog rojak. So kalau korang betul-betul serius dengan blog, lebih baik set kan tema blog korang macam blog untuk fotografi, makanan, atau apa-apa yang khusus.

  • Links to Illegal Downloads/ Streaming/ Torrents: Macam dinyatakan awal tadi.


Berdasarkan apa yang aku baca, kerja-kerja memantau blog ni bukan dilakukan oleh manusia. Sebaliknya dilakukan oleh robot. So bila bot tu datang check blog korang dan dia dapati blog korang ada salah satu punca yang aku list kan di atas. Secara automatik bot tu akan lock blog korang. Satu-satunya cara untuk korang dapat semula blog itu adalah dengan cara contact kat blogger forum. Kat situ nanti ada yang akan bagitahu apa steps yang perlu korang buat.

Sumber - ohninie.my 

No comments

Powered by Blogger.