Header Ads

Sanofi Syarikat Farmaseutikal Perancis membuat penyelidikan hasil vaksin Zika



Syarikat farmaseutikal Perancis, Sanofi mengumumkan hari ini ia sudah memulakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke atas penghasilan vaksin Zika, penyebab peningkatan kerosakan otak dalam kalangan bayi baharu lahir. 

Menurut syarikat itu, kejayaan jabatan vaksin Sanofi Pasteur dalam membangunkan vaksin menentang demam denggi mungkin "boleh dimanfaatkan" dalam peperangan menentang Zika. 

"Sanofi Pasteur mengetuai lapangan vaksin untuk menentang virus dalam keluarga sama seperti virus Zika (ZIKV), dengan vaksin berlesen menentang demam kuning, Japanese encephalitis dan terbaharu, denggi," menurutnya dalam satu kenyataan. 

Menurut kenyatan itu, kepakaran Sanofi Pasteur, R&D yang mantap dan infrastruktur industri bagi vaksin baharu dilesenkan untuk denggi, Dengvaxia, boleh dimanfaatkan untuk memahami penyebaran ZIKV dan berpotensi mempercepatkan proses mengenal pasti calon dalam perkembangan klinikal lanjut. 

Pengumuman itu muncul sehari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan satu perintah darurat kecemasan ke atas virus Zika yang "merebak dengan pantas" di benua Amerika. Ketika ini tiada rawatan untuk Zika yang disebarkan nyamuk Aedes aegypti. 

Sumber - AFP / bharian 

No comments

Powered by Blogger.