Header Ads

Safiq Rahim bakal buka kafe makanan ala-ala Barat



Selepas penyerang JDT, Safee Sali, seorang lagi pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim turut menceburi bidang makanan. Jika Safee Sali membuka restoran makanan tradisional di Johor, namun Safiq pula membuka kafe makanan barat di negeri itu.


“Kafe berkonsepkan makanan barat di Jalan Kolam Air, Johor Bahru ini telah dirasmikan secara ringkas dan akan dibuka kepada umum bermula 22 Februari 2016,” lapor laman Facebook Johor Southern Tigers (JST) semalam.
Safiq yang merupakan kapten pasukan JDT juga duta produk makanan kucing, Powercat.

JST melaporkan, pembukaan kafe makanan barat itu berdasarkan idea Safiq dan isterinya yang mahukan sesuatu yang baru selain terlibat dalam arena bola sepak. Perasmian kafe berkenaan disempurnakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam.

No comments

Powered by Blogger.