Header Ads

Resepi Mudah Roti Gulung Sosej Cheese Meleleh Yang Sedap


Resepi Mudah Roti Gulung Sosej Cheese Meleleh Yang SedapAnda nak cuba satu resepi mudah untuk sarapan pagi atau sarapan petang anda. Okay, kali ni saya saja nak kongsikan resepi masakan untuk korang semua. Sebenarnya saya peminat roti gulung sosej cheese nih. Sedap kalau makan time ia panas2... Jom cuba resepi roti gulung sosej cheese.

Resepi Mudah Roti Gulung Sosej Cheese Meleleh Yang Sedap 


Berikut langkah-langkah untuk membuat roti gulung sosej cheese dengan mudah :


BAHAN-BAHAN:
● Roti
● Sosej
● Kepingan cheese
● Serbuk roti
● 2 biji telur
● Minyak untuk menggoreng
LANGKAH PERTAMA:
Cheese dan sosej digulung bersama roti
LANGKAH KEDUA:
Celup gulungan roti bersama telur yg telah dipukul kembang.
LANGKAH KETIGA:
Proses golek-menggolek roti bersama serbuk roti.
LANGKAH EMPAT:
Masa untuk menggoreng selepas roti disaluti serbuk roti. Pastikan minyak panas dulu tetapi jangan terlalu panas. Serbuk roti mudah hangus. Pandailah bermain dengan api. Anak kecil main api terbakar hatinya yang sepi (ternyanyi pula).
HASIL 
Nampak tak cheese meleleh tu? Untuk awak seorang je tau.
Sedap kan mesti anda terliur...kalau makan waktu petang memang menyelerakan. Selamat mencuba!!!
Sumber - Vitdaily.com 

No comments

Powered by Blogger.