Header Ads

Petua Untuk Merawat Panau

Panau adalah sejenis jangkitan kulit yang berpunca dari kulat. Jangkitan ini boleh kelihatan di lapisan luar kulit seperti di muka, belakang badan, kulit kepala dan bahagian dada.
Panau tidak menyakitkan tetapi kulit yang berpanau akan terasa gatal, kemerahan dan bersisik bila digaru. Tompok-tompok panau yang bercantum akan lebih jelas kelihatan.
Individu yang kerap berpeluh dan kurang zat pemakanan akan lebih mudah terkena jangkitan kulat yang menyebabkan panau.
Untuk anda yang mempunyai masalah panau, di bawah ini kami kongsikan beberapa cara untuk menghilangkan panau.
Petua Untuk Merawat Panau
1)Lengkuas – Bahan yang paling kerap digunakan untuk merawat panau adalah lengkuas. Apa yang perlu anda lakukan adalah, ambil beberapa ulas lengkuas yang telah dibersihkan dan tumbuk untuk mendapatkan airnya. Kemudian sapu air lengkuas di bahagian kulit yang berpanau.
2) Daun Belimbing – Daun belimbing juga boleh digunakan untuk menghilangkan panau. Tumbuk beberapa helai daun belimbing, asam jawa dan beras sehingga lumat. Kemudian tampalkan bahan yang ditumbuk tadi ke bahagian kulit yang ada panau. Biarkan kering dan selepas itu cuci kawasan kulit sehingga bersih.
3) Daun Pinang – Selain daun belimbing, daun pinang juga boleh digunakan untuk merawat panau. Caranya sama, anda perlu tumbukkan daun pinang sehingga lumat dan tampalkan ke bahagian kulit yang terkena panau. Selepas itu biarkan kering dan cuci bersih.
4) Halia dan Bawang Putih – Bahan-bahan masakan yang kita gunakan sebenarnya banyak mengandungi khasiat dan boleh digunakan untuk kaedah rawatan tradisional. Antaranya seperti halia dan bawang putih yang boleh digunakan untuk merawat panau. Anda perlu tumbuk halia dan bawang putih, kemudian sapukan pada kawasan kulit yang berpanau.
Selain 4 petua tradisional yang dikongsikan ini, anda juga boleh menggunakan rawatan yang moden dengan membeli krim atau ubat sapu anti kulat yang dijual di farmasi.
Panau perlu dirawat awal agar ia tidak merebak ke kawasan atau bahagian kulit yang lain.
Semoga Petua Untuk Merawat Panauyang kami kongsikan ini dapat membantu anda untuk mengatasi atau menghilangkan masalah panau.

No comments

Powered by Blogger.