Header Ads

Petua cara mudah hilangkan sakit gigi yang kronik

Sakit gigi ni antara sakit yang paling menyakitkan di dunia kan? Kadang – kadang time sakit tu datang bila tengah malam sampai buat rasa tak boleh nak tido. Ni kami nak kongsikan sikit cara mudah emengency yang korang boleh guna bila diserang sakit gigi. Antaranya ialah :
1. Kumur Dengan Air Garam
1
Cara paling mudah dan ringkas. Insyaallah lepas kumur mesti akan rasa lega sikit.
2.  Rebusan Daun Serai
2
Ambil daun serai dan tumbuk sehingga hancur. Tambahkan air suam dan campurkan sedikit garam. Kemudian, berkumurlah sehingga sakit semakin kurang.
3. Tomato Muda
3
Ambil sebiji tomato muda dan potong nipis-nipis. Masukkan tomato tadi ke kawasan yang sakit (gigi berlubang). Jika gigi korang sememangnya ada ulat, ulat akan keluar ke arah tomato tadi (jangan gerun pula ya).
4. Habbatussauda
?????????????????????????????????????????????????????????
Habbatussauda memang banyak kebaikannya. Begitu juga untuk gigi yang sakit. Caranya; ambil serbuk habbatussauda dan lumurkan atau sumbat-sumbatkan ke tempat yang sakit. In shaa Allah sakit korang akan berkurang.
5. Bunga Cengkih
5
Ambil 3 hingga 5 kuntum bunga cengkih dan kemam dalam beberapa tempoh. Jika gigi korang berlubang, tumbuk bunga cengkih dan masukkan serbuknya ke dalam lubang tersebut. In shaa Allah sakit korang akan beransur lega.
Petua di atas sememangnya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati, Tetapi, jika sakit korang melarat lebih baik jumpa doktor. Selamat mencuba ok!
Sumber - Petua Nenek 

No comments

Powered by Blogger.