Header Ads

Pemain 'Star' di Eropah ke liga China



Kini telah menjadi fenomena, di mana pemain bintang yang berkelana di Eropah telah berpindah ke liga China. Hal ini semua nya berkaitan dengan penawaran gaji yang agak tinggi, sekaligus kelab-kelab tempatan berjaya menarik mereka ke liga itu.

Sebagai contohnya, Alex Texeira , Ramires, Gervinho, Jacksen Martinez, Stephen M'bia dan Gael Kakuta Membuat kejutan apabila memeterai Kontrak bersama Kelab di Negara ITU.

Texeira (Shaktar Donetsk) dan Ramires (Chelsea) menyertai Jiangsu Suning dengan nilai pembelian GBP 38.4j dan 25j. Jackson Martinez pula meninggalkan Atletico Madrid dengan nilai pembelian GBP 31j untuk sertai Guangzhou Evergrande.

Sementara itu, Hebei China Fortune mendapatkan khidmat penyerang AS Roma Gervinho (GBP 18j) , Stephen M'bia dan terbaru bekas pemain muda Chelsea Gael Kakuta.

Disamping itu, penyerang sensasi Watford Odion Ighalo mendedahkan dia telah ditawarkan gaji GBP 300 ribu seminggu untuk menyertai Hebei China Fortune.

No comments

Powered by Blogger.