Pemain bola sepak terkenal Lionel Messi akan bertemu dengan peminat cilik yang menarik perhatian dunia selepas fotonya memakai jersi yang diperbuat dari plastik tertera nombor serta nama pemain itu mula viral.

Foto Murtaza Ahmadi, 5 yang berasal dari Afghanistan itu  mula viral di media sosial sejak minggu lalu telah mendorong satu kempen diadakan bagi menjejaki kanak-kanak itu.
Menurut sepupu kanak-kanak berkenaan, Azim Ahmadi yang memuatnaik gambar peminat cilik itu telah menghubungi agen Messi untuk mengadakan pertemuan bersama.

Pesatuan bola sepak turut mengesahkan keinginan Messi tersebut dan akan membantu melancarkan pertemuan tersebut. "Barisan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Afghan (AFF) telah menerima email dari Lionel Messi dan Barcelona berhubung pertemuan tersebut," kata satu kenyataan dipetik Metro.uk.

Murtaza adalah peminat pemain yang berasal dari Argentina itu namun tidak mampu untuk membeli jersi dan hanya menggunakan beg plastik yang ditulis nama serta nombor pemain itu sahaja.

Sumber : sinar harian