Header Ads

Macbook Dinobatkan Paling Tidak Mudah Rosak Di Pasaran



KOMPUTER riba buatan Apple terkenal kerana dua perkara, pertama ialah rekaan yang cantik yang kini menjadi ikutan pengeluar komputer riba yang lain.

Kedua ialah ia juga terkenal dengan harga jualan yang mahal jika dibandingkan dengan komputer riba Windows berspesifikasi serupa. Jadi apakah yang anda dapat dengan bayaran lebih ini selain kelihatan lebih kacak ketika menggunakan WiFi percuma di kedai kopi borjuis antarabangsa?

Menurut kajian oleh Consumer Reports yang melibatkan 58 000 pengguna, komputer riba Apple juga paling jarang rosak apabila dibandingkan dengan komputer riba yang lain.

Kajian yang mengambil tempoh lima tahun untuk dilengkapkan ini mendapati hanya 7% MacBook Air dan 9% Macbook Pro mengalami kerosakan teruk dalam tiga tahun pertama pembelian.

Komputer riba dengan kadar kerosakan paling kerap ialah Lenovo Y Series dengan 23%, komputer riba Dell XPS dan Lenovo ThinkPad pula kedua-duanya mempunyai tahap kerosakan 15%.

Jadi jelaslah disini komputer riba Apple mungkin dijual pada harga lebih mahal, tetapi kebarangkalian anda mengalami masalah ketika menggunakannya adalah lebih rendah daripada pesaing.

Sumber: Consumer Report

No comments

Powered by Blogger.