Header Ads

Lucero Bekas Pemain Independiente Sertai JDT



Pemain dari kelab Argentina Independiente, Juan Martin Lucero menyertai pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai pemain import baharu pasukan itu musim ini. Beliau menggantikan Paulo Rangel yang dipindahkan ke JDTII selepas gagal menunjukkan prestasi dikehendaki oleh jurulatih Mario Gomez dalam beberapa aksi persahabatan sebelum ini.

Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, JDT amat bertuah kerana berjaya mendapatkan pemain itu bersaing dengan banyak kelab-kelab lain di seluruh dunia yang mahu mendapatkannya.

Tunku Ismail berkata, keputusan mengambil Lucero dibuat secara bersama oleh Pengarah Sukan JDT Alistair Edwards, Gomez, Penolong Jurulatih Raul, ‘Scouts’ dan Ejen Kelab Martin Prest, Nasir Yusof, Luciano Figueroa dan juga ‘scouts’ lain di Argentina.

Menurutnya, JDT berpandangan Lucero adalah pemain yang paling sesuai untuk pasukan itu selain usianya yang masih muda boleh dianggap sebagai aset kepada kelab tersebut.

Baginda dalam pada itu mengakui Harimau Selatan yang sentiasa gah dengan pemain import ternama cuba untuk menjadi “low profile” dalam mendapatkan pemain import musim ini disebabkan faktor ekonomi dunia dan kejatuhan nilai ringgit.

Sumber - Mynewshub.cc

No comments

Powered by Blogger.