Header Ads

Konspirasi Simbol MH370 Disebalik Dari Filem Hollywood

Walaupun kehilangan MH370 sudah lama berlalu namun ura-ura atau citer-citer tentang misteri kehilangan MH370 yang dibicarakan secara serius di seluruh dunia. Pelbagai teori dan andaian dibuat untuk dikaitkan dengan kehilangan tanpa sebarang pertunjuk.
Man Of Steel MH370
Memang sifat manusia yang suka membuat telahan dan andaian dan kadangkala diluar jangkaan akal kita berfikir.
Baru-baru ini, timbul pula dakwaan yang menggatakan kehilangan pesawat MH370 telah dinyatakan secara simbolik lebih awal dalam filem blockbuster Hollywood, “Man of Steel”.
Di bawah ini video dakwaan berkenaan.
Salah satu babak dalam filem Man of Steel, telah memaparkan nombor 370 secara jelas di atas sebuah kenderaan panjang seperti bas.
Jika dilihat dengan teliti, tertulisnya: M.I.A 6 – 370
Yang boleh diertikan sebagai;
  • MIA = Missing In Action
  • MIA = Malaysia International Airport
Manakala nombor 6 jika dikira secara abjad adalah sama kedudukan dengan huruf F yang membawa maksud kepada Flight.
  • 6 = F (Flight)
Man Of Steel MH370 [2]
Menurut teori ini, mengikut kiraannya matematiknya, CIA terlibat dalam perancangan menghilangkan pesawat MH370!
Pendedahan yang kedua pula, dalam filem tersebut, Superman ada menyebut perkataan Lautan Hindi.
“If I don’t stop that machine over the Indian Ocean”
Adakah sebutan ini secara kebetulan? Pembaca boleh berfikir sendiri kan…
24 Mac lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengumumkan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Pengumuman ini dibuat berdasarkan data-data kukuh yang diberikan oleh INMARSAT.
Pelik kan?
Teori ini juga kelihatan didalam filem Mission Impossible III 2006 apabila salah satu babak dalam filem Mission Impossible III 2006 ada memaparkan logo Malaysia Airlines secara horizontal dalam keadaan yang musnah akibat letupan di China.
Logo yang sama juga muncul di filem Transformers: Revenge of the Fallen pada tahun 2009 juga di China.
Mission Impossible III 2006 and Transformers With MH370 Symbol
Adakah masih kebetulan? Dan segala-galanya seperti sudah dirancang sejak tahun 2006 lagi.
Pembaca boleh menilai sendiri. Tak perlu percaya, cukuplah sekadar membaca info dan membuat kesimpulan dengan apa yang ada.
Dan sekiranya ada dikalangan pembaca yang mahu mempertikai, sila berikan penjelasan yang munasabah untuk semua teori diatas.

No comments

Powered by Blogger.