Header Ads

Kenyataan Anak Zahid Hamidi Guris Hati Rakyat Malaysia menjadi viral



SUSULAN kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mencabar belia dan anak muda Malaysia untuk bekerja dalam sektor 3D: ‘Dirty, Difficult and Dangerous‘ telah menyebabkan kemarahan segelintir netizen.

Akibat dari cabaran itu, Zahid berdepan dengan ‘serangan’ dari pelbagai lapisan masyarakat dan kali ini, anak perempuan Zahid berdiri teguh di hadapannya sebagai ‘perisai’ untuk mempertahankan cabaran ayahnya itu.



Anaknya, Datuk Nurulhidayah yang juga merupakan Ikon Belia Negara mengeluarkan kenyataan balas mempertahankan ayahnya di laman instagram miliknya dengan menyifatkan rakyat Malaysia sekarang semakin malas.


Mungkin Nurulhidayah tidak menyangka bahawa serangan balas kepada mereka yang menghina dan mengkritik ayahnya itu akan mendatangkan serangan bertubi-tubi ke atas dirinya. Kini dia pula yang berdepan dengan pelbagai kritikan akibat dari kenyataan ‘berani mati’ itu.

Sebuah akaun Facebook parodi yang kononnya membawa suara orang ramai bertindak membela rakyat yang berasa terhina dengan  mencadangkan Nurulhidayah bekerja seperti operator pusat khidmat panggilan untuk menyahut cabaran bapanya.


Status akaun parodi itu ternyata menarik minat Ikon Belia Negara itu apabila dia berkata akan menunggu di Padang Masyar untuk bertemu pihak yang melakukan kesilapan terhadap dirinya.


Dalam serangan seterusnya, akaun parodi itu cuba membangkitkan kemarahan warga facebook dengan menulis:


Setakat berita ini ditulis, Amran Fans mempunyai pengikut besar hampir 900,000 orang. Dan masih tiada kenyataan balas dari pihak Ikon Belia Negara itu.

Sumber - mynewshub 

1 comment:

Powered by Blogger.