Header Ads

Kenapa tak disyorkan hembus nafas ketika minum

Tahukah anda sebenarnya dalam Islam pun tak dibenarkan bernafas ketika anda minum. Saya pasti ramai yang masih tidak tahu tentang perihal ini. Macamana cara kita minum air? Ada tak seperti yang tertera kat bawah ni? Mari kita lihat bagaimana cara minum air yang baik.

1. Janganlah minum sekaligus seperti unta minum tetapi minum seteguk selepas seteguk (HR Tirmidzi)

2. Jangan bernafas di dalam bekas air bahkan jauhkan bekas air dari mulutnya dan bernafas. (HR Tirmidzi)

3. Jangan hembus di dalam air, lihat ke dalam air sekiranya terdapat sesuatu yang jatuh kedalamnya keluarkan ia. (HR Tirmidzi)

Daripada 3 cara minum yang dianjurkan di sini semuanya berkisar tentang bernafas ketika minum. Kenapa kita dinasihatkan tidak bernafas ketika minum? Menurut kajian sains, apabila kita menghembuskan nafas, hidung kita akan membebaskan karbon dioksida (CO2). 

Air pula adalah H2O. Jadi jika kita bernafas ketika minum/menghembus nafas dalam air maka CO2+H2O akan jadi H2CO3 iaitu adalah cuka!! Ini bermaksud air itu akan jadi bersifat asid. Ada sesiapa suka minum asid? Pastinya asid tidak baik untuk kesihatan....

So dah tahu kan, beringat-ingat akan pesanan ini.

No comments

Powered by Blogger.