Header Ads

Kelebihan kepada ahli Glitterati Nuffnang



Kali ni saya nak citerkan kesinambungan dari kisah sebelum ni. Kan saya pernah kongsikan apa itu Nuffnang. So, entri ni saya nak share kan apa kelebihan yang ada pada ahli Glitterati Nuffnang.

Bagaimana Saya Menjadi Ahli Glitterati Nuffnang ?

  • Anda tidak perlu membuat sebarang permohonan untuk menjadi Ahli Glitterati. Anda akan menjadi ahli Glitterati Nuffnang secara automatik selagi blog anda tidak mempunyai sebarang iklan dari, memperkatakan, atau memaut kepada rangkaian iklan lain dari Asia Tenggara atau sebarang iklan yang disifatkan sebagai pesaing dalam blog anda. Crawler Nuffnang akan secara automatik menyertakan blog anda menjadi Ahli Glitterati dalam tempoh 7 hari. 

Kelebihan Menjadi Ahli Glitterati Nuffnang ?


1. Kadar Bayaran untuk kedua-kedua kempen CPUV (Cost-Per-Unique-
    Visitor) dan CPC (Cost-Per-Click).
  • Untuk Ahli Glitterati kadar untuk CPC (Cost-Per-Click) ialah RM0.25, manakala untuk Bukan Ahli Glitterati ialah RM0.15 Per Click. Ahli Nuffnang Glitterati akan menjana pendapatan sebanyak 20-40%, lebih daripada blogger yang memanuhi blog mereka dengan iklan-iklan lain.

2. Terma Pembayaran
  • Nuffnang membayar ahli-ahli Glitterati 30 hari selepas setiap hujung bulan tarikh permohonan cashout. Dari situ, cek tersebut akan di kumpulkan dan dihantar ke bank untuk pemprosesan sebelum dihantar kepada alamat yang anda daftarkan. Pemprosesan dan penghantaran oleh pihak pihak bank akan mengambil lebih kurang 2 minggu.
  • Untuk bukan Ahli Glitterati , Nuffnang mengambil selama 60 hari untuk memproses pembayaran cashout. Ini bermakna Ahli Glitterati akan menerima pendapatan mereka dalam tempoh yang lebih singkat berbanding bukan Ahli Glitterati. 

3. Peluang Advertorial
  • Advertorial ialah Kempen iklan.
  • Ramai blogger sedia maklum bahawa kempen iklan banner menjana pendapatan yang stabil, namun sebenarnya avdvertorial yang menawarkan bayaran yang paling lumayan. Setiap advertorial, bergantung kepada pihak pengiklanan, komitmen dan trafik blog, mampu membawa bayaran yanag amat lumayan sekali. Tambahan lagi, kadangkala pengiklan akan memberi hadiah percuma juga.
  • Sebelum ini, peluang advertorial terbuka kepada semua Nuffnanggers. Namun, di sebabkan permintaan tinggi untuk advertorial dan keperluan untuk kami mencari blogger mana dari beribu-ribu untuk advertorial, kini hanya blogger Eksklusif akan layak di beri advertorial.

4. Aktiviti Komuniti.
  • Nuffnang juga menganjurkan aktiviti komuniti besar-besaran seperti tayangan wayang primier, perjumpaan makan tengahari dan sebagainya. Ahli Glitterati adalah di beri keutamaan untuk menyertai aktiviti ini.

5. Peraduan 
  • Nuffnang telah menjadi hos kepada peraduan dan pemberian hadiah, di mana blogger-blogger menerima hadiah seperti baucar diskaun, hamper produk, telefon bimbit, camera dan juga lawatan ke luar negera di mana kesemua perbelanjaan telah di tanggung Nuffnang.
  • Dengan permintaan tinggi untuk peraduan-peraduan seperti ini, Nuffnang akan memberi keutamaan kepada Ahli Glitterati sebelum membuka peluang kepada Ahli Bukan-Glitterati.

No comments

Powered by Blogger.