Header Ads

Jersi baharu skuad Kelantan direka khas untuk kurus dan berkulit putih

Empat jersi skuad Kelantan jenama DSV (Datuk Seri Vida) yang akan dilancarkan esok, bukan sekadar rekaan semata-mata tapi turut mempunyai kelebihan dari segi kesihatan apabila benang pakaian itu direka khas untuk kurus dan berkulit putih.

Penaja utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, berkata beliau mahu jersi yang dipakai pemain dan penyokong turut mempunyai fungsi kesihatan, bukan hanya mempamerkan rekaan semata-mata seperti jersi lain.

Hasmiza atau lebih dikenali Dr Vida berkata, benang yang direka khas itu dihasilkan kilang di tiga negara iaitu China, Thailand dan Vietnam dengan menggunakan teknologi terkini untuk pembangunan baju itu.

"Keempat-empat jersi yang bakal dilancarkan bagi edisi pertama ini mempunyai fungsi perangkap peluh dan mampu memutihkan kulit. Apabila saya mahu lakukan sesuatu, saya suka memandang ke hadapan dan biarlah hasilnya memberi manfaat kepada semua.

"Jersi ini bermula daripada benang yang mana ia turut berfungsi melancarkan perjalanan darah kepada pemakai selain menghasilkan kelembapan daripada peluh pada badan, sekali gus mampu membakar lemak. Proses mengeringkan peluh itu akan menjadikan kulit putih seolah-olah baharu saja selesai sauna.

"Saya sudah lama membuat rekaan benang ini bagi menghasilkan produk baharu untuk kurus dan putih. Tapi alang-alang mahu reka jersi, jadi saya terus aplikasikan kelebihan ini kepada rekaan jersi skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW)," katanya.

Sumber - bh

No comments

Powered by Blogger.