Header Ads

JDT kalah bermaruah dengan Muangthong United



Apa-apa pun tahniah buat JDT walaupun tewas dengan wakil kelab Thailand, Muangthong United dengan keputusan penalti 3-0 , namun komitmen yang dipamerkan oleh anak buah Mario Gomez amat membanggakan rakyat Malaysia.

Baru saja perlawanan antara pasukan JDT dengan Muangthong United tamat dengan berkesudahan penentuan penalti. Keputusan menunjukkan kedua-dua pasukan tanpa jaringan gol lalu mengheret ke masa tambahan.

Penjaga gol Muangthong United, Kawin menunjukkan prestasi cemerlang, di mana dia berjaya menempis sepakan dari pemain JDT iaitu Hariss Harun. Walaupun juara AFC Cup 2015 tewas di laman lawan, namun mereka tetap boleh beraksi untuk piala AFC Cup 2016.

Mereka akan bersama-sama dengan pasukan Selangor untuk menghadapi cabaran ke peringkat seterusnya dalam kejohanan AFC Cup 2016.

No comments

Powered by Blogger.