Header Ads

Jangan Ubah Tetapan Tarikh iPhone Anda Ke 1 Januari 1970



Kalau anda perhatikan di media sosial, terdapat satu gambar yang viral di mana imej tersebut menyatakan pengguna iPhone boleh mengaktifkan tema retro untuk peranti mereka dengan mengubah tarikh peranti tersebut kepada 1 Januari 1970. Namun perkara ini sama sekali tidak benar malah akan membuatkan peranti iOS anda gagal berfungsi sepenuhnya.

Masalah ini dikatakan berlaku pada peranti iOS terkini yang menggunakan system 64-bit seperti iPhone 5s dan terkini, iPad Air, iPad Mini dan iPod Touch 6.


Punca masalah ini berlaku tidak dapat dihurai dengan jelas tetapi jika anda menetapkan tarikh kepada 1 Januari 1970, ianya dapat mengkucar-kacirkan mekanisma pemasaan peranti iOS anda. Ia melihat tarikh ini sebagai nilai masa yang negatif.

Sekali lagi diingatkan, jangan tukar atau menetapkan tarikh peranti iOS anda seperti iPhone ataupun iPad kepada tarikh 1 Januari 1970 kerana ianya akan membuatkan peranti anda gagal berfungsi! Kalau tak percaya, tonton video di bawah ini.



Sumber - Amanz.my 

No comments

Powered by Blogger.