Header Ads

iBackPack: Beg Pintar Dengan GPS, WiFi Dan Power Bank Terbina



INDIEGOGO merupakan salah satu laman pengumpulan dana, di mana pelbagai projek menarik pernah disenaraikan pada laman tersebut.

Kini, seiring dengan perkembangan dunia peranti muda alih, pihak Indiegogo telah melancarkan sebuah projek yang dinamakan iBackPack. iBackPack merupakan beg galas pintar khas bagi memastikan anda sentiasa berhubung dengan dunia atas talian.


Ia dilengkapi sistem GPS, WiFi, pembesar suara dan power bankSekiranya ia dicuri, aplikasi khas yang disertakan boleh diaktifkan. Sistem penggera terbina akan berbunyi dan pemilik boleh mengesan lokasi beg yang dicuri.

Dua buah power bank mempunyai kapasiti sehingga 40000 mAh digunakan dengan empat sambungan USB 3.0 kalis air terletak pada bahagian bawah beg.

Sistem audio Bluetooth membolehkan anda mendengar muzik terus dari beg dan sistem WiFi hotspot terbina pula memastikan anda tidak tercari-cari WiFi percuma di tempat awam yang boleh membahayakan keselamatan anda.


iBackPack sedang mencari dana untuk penghasilan secara komersial dan harga beg paling asas ialah USD149 (RM626) sebuah. Aplikasi khas yang disertakan hanya menyokong peranti Android dan iOS buat masa ini.

Sumber: Indiegogo

No comments

Powered by Blogger.