Header Ads

Ganjaran Lumayan, iPhone5 jika temui 'Bobby'



Seorang pemilik kucing menawarkan sebuah telefon pintar iPhone5 kepada sesiapa yang menemui haiwan peliharaannya, yang hilang di Merlimau, di sini, sejak seminggu lalu. 

Ganjaran bernilai kira-kira RM2,000 itu ditawarkan oleh Izzuddin Zakaria, 25, di laman Facebook miliknya susulan buntu dengan kehilangan kucing jantannya yang dinamakan sebagai 'Bobby'. Izzuddin berkata, beliau tidak kisah berhabis wang ringgit asalkan dapat ditemukan kembali dengan Bobby yang dipelihara sejak dua tahun lalu.

"Saya tinggalkan Bobby di sebuah hotel haiwan peliharaan di Merlimau selama lapan hari kerana balik ke Sarawak ketika cuti perayaan lalu. Saya fikir, dapatlah bercuti dengan aman di sana, tetapi tidak sangka sebaliknya pula berlaku. 

"Berita kehilangan Bobby dimaklumkan sendiri oleh pemilik hotel haiwan itu melalui panggilan telefon pada hari keenam saya di Sarawak," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi. Mengulas lanjut, Izzuddin berkata, kucing baka campuran Parsi dan semi flat face itu dibeli pada harga RM1,200 daripada seorang penjual haiwan peliharaan. 

Sementara itu, Facebook Izzuddin terus dibanjiri komen netizen yang bersimpati dengan nasibnya dan mendapat lebih 2,600 'like' serta dikongsikan kepada kira-kira 2,400 pengguna lain sejak dua hari lalu.

Sumber - bh online 

1 comment:

  1. Meow hilang lebih mengduka cita dari harta.Moga ketemu meow semula

    ReplyDelete

Powered by Blogger.