Header Ads

Fakta dikatakan kartun Shin Chan adalah kisah benar



Anda pernah menonton Crayon Shin-chan? Siri yang mengisahkan gelagat seorang budak berumur lima tahun dan keluarganya yang berlatarkan sebuah rumah di bandar Kasukabe, Saitama, Jepun. Walaupun ada yang tidak gemar drama tersebut, tahukah anda kisah sebenar di sebalik nama Crayon Shin-Chan?

Sebenarnya ia mengisahkan sebuah keluarga yang kehilangan kedua orang anaknya. Nohara Shinnosuke atau Shin Chan melihat sebuah kereta sedang laju sedangkan ketika itu Nohara Himawari sedang bermain. Shinnosuke terus berlari dapatkan adiknya itu namun kedua beradik ini dirempuh oleh kenderaan tersebut. Shinnosuke dan Himawari terkorban akibat rempuhan itu.

Pada suatu hari Nohara Misae dan Nohara Hiroshi, ibu dan bapa Shin Chan telah terjumpa krayon milik Shin Chan dalam kereta mereka. Krayon itu lah menjadi barang kesayangan mereka kerana satu-satunya barang milik Shin Chan.

Oleh kerana rindukan kedua anak mereka, Misae telah melukis watak-watak anak kesayangannya seolah-olah mereka wujud. Dipercayai, krayon itulah menjadi tajuk drama bersiri kanak-kanak itu. Namun begitu masih berlaku pedebatan antara peminat yang mengatakan drama tersebut hanyalah khayalan bukannya kisah sebenar. Walau bagaimanapun, masih ada yang mempercayai itulah kisah sebenar.

Sumber - Cupie Chan Facebook 

No comments

Powered by Blogger.