Header Ads

Fakta Bangunan Paling Unik Dan Pelik

Pada asalnya manusia purba mendapat ilham untuk membina rumah dengan menggunakan tanah liat,pokok dan sebagainya.Tetapi zaman moden kini,manusia lebih kreatif dan daya fikiran lebih inovatif untuk mencipta rekaan bangunan yang begitu pelik dan unik sekali di dunia.

Para arkitek di dunia kini memiliki pemikiran yang begitu kreatif sehingga dapat mencipta bangunan-bangunan yang rekaannya yang pelik dan menakjubkan serta dapat memukau sesiapa yang melihatnya.

Antara bangunan yang unik dan pelik di dunia:

1)The Basket Building


The Basket Building adalah sebuah bangunan yang berbentuk sebuah bakul yang merupakan pejabat bagi The Longaberger Basket Company di Newark,Ohio,Amerika Syarikat. Bangunan yang bersaiz 180,000 kaki persegi ini memakan kos sebanyak 30juta US dollar dan mengambil masa selama 2 tahun untuk siap sepenuhnya.Bangunan juga boleh dikategorikan sebagai pejabat yang paling pelik dan unik di dunia.

2)Kansas City Public Library


Kansas City Public Library adalah sebuah bangunan di mana rekaan ini sebenarnya rekaan luar bagi garaj parking sahaja untuk pengunjung ke perpustakaan awam ini.Perpustakaan awam ini terletak di Kansas City,Missouri.

3)The Piano House


The Piano House adalah sebuah bangunan berbentuk piano yang dibina di An Hui,China.Di sisi piano itu pula terdapat bangunan berbentuk biola yang sebenarnya merupakan bahagian eskalator bangunan ini.

4)The Crooked House
bangunan menarik dan pelik the crooked house 300x200 10 Bangunan Paling Menarik Yang Tidak Disangka Pernah Wujud

The Crooked House adalah sebuah bangunan yang dibina di Sopot,Poland antara Januari 2003 hingga Disember 2003.Rumah ini dicipta berdasarkan ilustrasi dongeng terkenal Jan Marcin Szancer(Seorang pelukis terkenal berbangsa Polish dan juga merupakan seorang ilustrator buku kanak-kanak) dan Per Dahlberg(Seorang pelukis jalanan berbangsa Sweden di Sopot).

5)Lotus Temple


Lotus Temple adalah sebuah bangunan yang terletak di New Delhi,India. Lotus Temple merupakan tempat sembahyang untuk rumah Bahai yang telah siap dibina pada tahun 1986. Arkitek yang mencipta bangunan ini mendapat banyak  pengiktirafan di dunia dan banyak disiarkan di majalah.

No comments

Powered by Blogger.