Header Ads

Dengar ulasan dari pakar ahli fizik tentang jaringan Faiz dan Roberto Carlos



Jaringan Faiz Subri menjadi tarikan dunia dan Ahli Fizik

“I think that guy broke physics”

Komen peminat bola sepak di Reddit mengenai gol Faiz Subri. Ia mencadangkan gol tersebut sangat mustahil, unik dan pelik seolah-olah melanggar hukum fizik.

Mengikut kajian ahli-ahli fizik Perancis dari Ecole Polytechnique di Paris, gol Faiz Subri dan Roberto Carlos sebenarnya boleh dijelaskan mengikut hukum fizik. Malah Isaac Newton sudah mengesan fenomena ini seawal tahun 1672 selepas bermain tenis. Heinrich Gustav Magnus pula melengkapkan penjelasan fenomena ini pada 1852; dan memanggilnya ‘Magnus effect’.

Bola tersebut melencong kerana Faiz Subri memberikan putaran (spin) kepada bola tersebut. Dengan menyepak di bahagian bawah kiri bola, bola tersebut akan melayang ke atas sambil berputar pada paksinya. Putaran inilah yang menyebabkan bola ini melencong. Fenomena ini dipanggil Magnus effect.

Berdasarkan kertas kajian ahli-ahli fizik Perancis tersebut (yang boleh dibaca di New Journal of Physics), bola yang disepak oleh Faiz Subri mempamerkan lencongan extreme kerana ia mengikut ‘trajektori seperti cengkerang siput’ atau spiral.



Dengan menggunakan gol sepakan percuma Roberto Carlos pada 1997 sebagai contoh, ahli-ahli fizik Perancis tersebut mendedahkan inilah trajektori sebenar bola yang disepak Carlos jika faktor graviti tidak diambil kira. Menurut kertas kajian tersebut, pada jarak 35 meter, sudut relatif kepada pintu gol sebanyak 12 darjah, dan kelajuan 38m/s:

(a) bola tersebut akan tersasar 4 meter dari pintu gol jika tiada spin

(b) bola tersebut akan tersasar 1 meter dari pintu gol jika ia mengikut trajektori bulat

(c) bola tersebut akan masuk ke pintu gol jika ia mengikut trajektori cengkerang siput (spiral)

Untuk menguasai sepakan percuma seperti ini, anda perlu mengawal tiga pemboleh ubah iaitu sudut relatif kepada pintu gol, kelajuan bola dan kawasan bola disepak. Namun 3 pemboleh ubah ini pula perlu disesuaikan mengikut jarak sepakan percuma tersebut dengan pintu gol.

Hebat! Tahniah Faiz Subri

No comments

Powered by Blogger.