Header Ads

Denda Yang Dikenakan Jika Tidak Patuh Peraturan Di Singapura



Untuk entri kali ini, saya nak kongsikan beberapa peraturan yang perlu di patuhi ketika berada di Singapura. Peraturan ni perlu la dipatuhi ketika berada di dalam Singapura, kalau tak patuh denda yang berat berbentuk wang tunai menanti pesalah.

Berikut adalah peraturan yang dilarang di dalam Singapura beserta denda yang dikenakan jikalau melanggar peraturan ketika berada di Singapura;
    • Tidak mengepam (flushing) tandas selepas mengunakannya – Denda $150
    • Meludah di tempat awam – Denda $500
    • Makan dan minum di dalam MRT – Denda $500
    • Mengunyah gula-gula getah atau chewing gum – Denda $500 – $1000
    • Menghisap rokok / merokok di tempat awam – Denda $1000
    • Membuang sampah merata-rata – Denda $1000 – $2000
    • Memberi Makan Kepada Burung – Denda $1000
    • Kencing Di Tempat Yang Tak Sepatutnya – Denda $1000
    • Melintasi Jalan Tanpa Mematuhi Peratutan Lalu Lintas – Denda $1000 atau penjara 3 bulan
    • Mengadakan hubungan homoseksual -Denda penjara tidak kurang 2 tahun
    • Penyalahgunaan butang kecemasan di kenderaan awam dan bangunan – Denda $5000
    • Memiliki dadah – Denda hukuman mati
Denda yang di kenakan kalau melanggar peratutan ketika berada di dalam Singapura sangat tinggi. Jadi kalau nak ke Singapore, tu elok la ikut semua peraturan yang telah di tetapkan.
Walaupun bunyi macam tak masuk akal untuk caj denda yang di kenakan, tapi dari satu sudut yang lain ia mendidik kita untuk lebih menjaga etika dan berkelakuan baik sepanjang masa di mana jua kita berada.

No comments

Powered by Blogger.