Header Ads

Contoh resume yang baik dan tepat

Disini ada perkongsian mengenai contoh resume kerja yang baik untuk bakal-bakal pencari kerja diluar sana bagi dijadikan contoh. Resume yang baik dan tepat adalah permulaan yang positif dan memberikan anda peluang untuk dipanggil temuduga. 

Contoh resume kerja yang baik dan tepat

Berikut adalah contoh resume yang baik dan tepat dimana anda perlu lakukan iaitu memastikan perkara penting seperti :
  1. Nama penuh anda yang betul.
  2. Objektif anda – apakah yang anda ingin capai sekiranya anda diambil bekerja.
  3. Alamat, nombor telefon dan email yang betul anda agar mudah untuk dihubungi.
  4. Kelebihan anda – kekuatan atau kelebihan anda yang boleh membantu meningkatkan prestasi bakal majikan anda.
  5. Latar belakang akademik anda – pencapaian akademik anda bermula dari peringkat SPM sehingga ke peringkat tertinggi.
  6. Pengalaman bekerja – pengalaman bekerja anda, berapa lama anda bekerja di sana, jawatan terakhir yang anda sandang dan pencapaian anda semasa memegang jawatan tersebut.
  7. Kemahiran komputer dan kemahiran bahasa anda.
  8. Rujukan – pihak yang boleh dijadikan rujukan untuk mengesahkan maklumat yang terdapat dalam resume anda.
  9. Pastikan segala maklumat dan info di dalam resume anda adalah tepat dan betul.
Resume anda bolehlah ditulis di dalam Bahasa Melayu atau pun Bahasa Inggeris. Bagi mereka yang kurang fasih berbahasa Inggeris, disyorkan anda menulis resume di dalam bahasa Melayu.

No comments

Powered by Blogger.