Header Ads

Cermin mata atau contact lens ?

Assalammualaikum dan Hi!



Memang dah jadi trend sekarang nie budak budak remaja suka pakai cermin mata ataupun dengan nama famous nya dipanggil spekk mata. ahh sanggup pulak dorang pakai cermin mata yang besar gebadak , hinggakan tenggelam muka dorang tu .. comel kah? cantik kah? Hensem kah? wahaha. suka hati korang lah. janji korang selesa . apa apa pun , fesyen is fesyen lah kan ? .

tapi  aku rasa rimas bila terpaksa  hidup bergantung dengan cermin mata nie. Dah lebih kurang 6 tahun pakai. Selalu kena pakai cermin mata bila nak melihat dan memandang sesuatu benda. kalau tak , memang tak boleh cam lah orang yang ada kat depan aku nie. haha. pernah satu hari tu kawan aku tuduh aku sombong. bukan sorang , tapi ramai jugak lah. eh nak tanya nie, korang tengok muka aku ni muka sombong kah?

bila aku selidik , rupa rupa nya mereka pernah senyum kat aku masa terserempak dengan aku kat shopping mall . dan kebetulan time tu jugak aku tak pakai cermin mata . aish. mintak maaf lah kawan semua atas kecacatan mata aku nie. Bila pandang orang masa tak pakai cermin mata , nampak macam mata , hidung dan mulut dorang bergerak gerak ke atas dan bawah pulak. pernah korang rasa macam aku rasa tak? hehe

contact lens?

ramai yang suggest aku pakai kanta lengkap. katanya lebih mudah bak bergerak . lebih senang nak melakukan aktiviti tanpa bergantung pada cermin mata . tapi bagi aku , kanta lengkap nie rumit penggunaannya dan rumit cara pejagaannya. dan yang pasti mesti akan beri kesan kat mata bila langgar sterility seperti tak cuci tangan sebelum dan selepas memakai kanta lengkap. pernah selaki kawan aku cerita kanta lengkap yang ada dalam mata pecah sebabkan dia terlelap. boleh korang bayangkan ?



why so serious?

aku lagi rela pakai spek daripada contact lens takot-takot jadi macam gambar di atas tu. Hilang entah ke mana. Korang macam mana pulak?

No comments

Powered by Blogger.